• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Telegram benarkan pengguna tambah kenalan tanpa nombor telefon

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 12:26 pm
  • 24/06/2019
  • Komen
Telegram benarkan pengguna tambah kenalan tanpa nombor telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, aplikasi sembang maya, Telegram, memfokuskan privasi dan keselamatan penggunannya dalam setiap kemas kini yang dilakukan.

Terbaru, Telegram telah melancarkan kemas kini aplikasi itu yang memfokuskan komunikasi dengan menambah kenalan berdekatan pengguna tanpa perlu memiliki nombor telefon mereka.



Sebagai contoh, jika anda berjumpa seseorang di sesebuah majlis atau parti hari jadi dan anda mahu berkenalan dengan mereka, untuk mendapatkan nombor telefonnya agak sukar. Ini kerana sesetengah orang tidak mahu berkongsi nombor telefon mereka demi menjaga keselamatan.

Namun, dengan kemas kini terbaru pada aplikasi telegram, anda tidak perlu lagi risau kerana anda masih lagi boleh berkenalan dengan menambah mereka ke dalam senarai kenalan telegram anda tanpa perlu memiliki nombor telefon mereka.



Bagaimana ia berfungsi? Ikuti langkah mudah ini:

  1. Pada aplikasi Telegram, pergi ke menu
Langkah 1

2. Pilih ‘Contact‘

Langkah 2

3. Pilih ‘Add People Nearby‘

Langkah 3

4. Jika anda pertama kali menggunakan fungsi ini, anda perlu membenarkan akses lokasi

Langkah 4

Dalam masa yang sama, orang yang anda ingin berkenalan tersebut juga perlu mengikuti langkah yang sama. Kemudian pada halaman ‘People Nearby‘, anda akan lihat akaun Telegram mereka muncul.

Jika anda perasan, pada halaman yang sama, anda akan lihat ‘Group Nearby‘. Apa itu Group Nearby? Group Nearby adalah grup sembang yang dicipta oleh mereka yang berada berdekatan dengan anda.

Seperti contoh grup kawasan perumahan atau grup kelab geografi di sekolah anda. Kalau anda berminat untuk sertainya, anda hanya perlu memilih grup tersebut dan tekan ‘Join‘.

Grup sembang lokal

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta grup lokal sendiri untuk mereka yang berada berdekatan dengan anda menyertainya. Anda hanya perlu memilih ‘Create a Local Group‘.

Kemudian anda akan diminta untuk menamakan grup, meletakkan gambar (jika anda mahu) dan sahkan lokasi grup tersebut. Taa-daa! Grup sembang anda sudah boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika anda sudah bosan dengan grup tersebut dan tidak mahu lagi menjadi pemilik grup, anda juga boleh menukarkannya kepada meraka yang berminat.

Selain itu, kemas kini kali ini juga turut menambahkan fungsi terbaru iaitu pilihan untuk menambah kenalan atau block mereka pada ruangan chat. Bukan itu sahaja, pengguna iOS boleh menggunakan Siri untuk menghantar mesej menerusi Telegram.

Pengguna boleh mengemas kini aplikasi Telegram mereka menerusi Google Play Store atau App Store untuk menikmati fungsi terbaru daripada Telegram ini.

Sumber: Android Police, Telegram

Tags: telegramtelegram androidTelegram iOS
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Telegram benarkan pengguna tambah kenalan tanpa nombor telefon

Telegram benarkan pengguna tambah kenalan tanpa nombor telefon

24 June 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

EV pertama Perodua bakal dilancar hujung November, disasarkan sebagai agenda nasional

12 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER