• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 3:36 pm
  • 25/06/2019
  • Komen
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Menonton filem atau rancangan kegemaran anda di Netflix sememangnya menyeronokkan. Namun, bagaimana pula jika anda berada dalam kapal terbang atau data internet anda hampir habis?

Seperti yang ramai mengetahui, Netflix memerlukan sambungan internet, untuk anda terus menonton filem atau rancangan mereka.



Anda tak perlu bimbang lagi kerana Netflix kini membenarkan anda menonton filem atau rancangan kegemaran anda secara offline dengan memuat turunnya. Akan tetapi, tidak semua rancangan atau filem di Netflix membenarkan pengguna memuat turun kandungan tersebut.

Jika anda tidak mempunyai idea untuk memuat turun filem atau rancangan apa, anda boleh memilih butang ‘Download‘ pada bahagian bawah halaman utama aplikasi Netflix.



Pada halaman Download, anda akan menjumpai butang ‘Find Something to Download’. Dari situ, anda akan dibawa ke halaman ‘Available for Download‘ iaitu senarai rancangan yang boleh dimuat turun oleh pengguna.

  • Pergi ke halaman Download
  • Pilih ‘Find Something to Download’
  • Senarai movie yang boleh dimuat turun

Cara-cara muat turun

Namun jika anda mempunyai idea filem apa yang anda mahu muat turun, ikuti langkah mudah ini:

  1. Pada aplikasi Netflix, pilih Filem yang anda mahu muat turun. Pilih ikon ‘Download‘ yang berada di sebelah ikon ‘Share‘. Kemudian filem anda akan dimuat turun.
  2. Pilih ‘Downloads’ pada bahagian bawah halaman.
  3. Pada halaman Downloads, anda akan lihat senarai filem atau rancangan yang sedang atau telah dimuat turun. Selepas proses muat turun selesai, anda boleh menonton filem kegemaran tanpa memerlukan sambungan internet.
  • Langkah 1
  • Langkah 2
  • Langkah 3

Bagi rancangan atau drama bersiri, Netflix masih lagi tidak menawarkan fungsi untuk memuat turun seluruh siri. Namun, pengguna masih boleh memuat turun episod satu persatu.

Terdapat sedikit sahaja perbezaan dalam proses memuat turun rancangan atau drama bersiri di Netflix berbanding langkah tadi.

Pada aplikasi Netflix, pilih drama bersiri yang anda mahu muat turun. Perbezaan langkahnya bermula disini iaitu anda perlu memilih episod yang anda mahukan. Kemudian pilih ikon ‘Download‘ yang berada disebelah tajuk episod dan seterusnya ikuti langkah diatas bermula dengan langkah 3.

  • Ikon ‘Download‘ pada sebelah tajuk episod
  • Pergi ke halaman Download
  • Senarai movie atau filem yang telah dimuat turun

Cara-cara memadam episod yang telah di muat turun

Jika anda sudah menonton dan tidak mahu menontonnya lagi, anda boleh memadam filem atau rancangan tersebut dengan langkah mudah berikut:

  1. Pada halaman ‘Downloads‘, pilih ikon pensil pada bahagian atas.
  2. Pilih ikon pangkah pada setiap filem atau rancangan yang anda mahu padam.
  • Pilih ikon pensil pada bahagian atas kanan
  • Pilih movie atau rangcangan yang mahu dipadam

Bagi drama bersiri pula, anda boleh memilih sama ada memadam keseluruhan siri, atau episod-episod tertentu sahaja dengan mengikuti langkah yang sama.

  • Memadam keseluruhan siri
  • Memadam episod-episod tertentu

Netflix juga memiliki ciri Smart Downloads, sebuah ciri yang membantu anda untuk memuat turun episod terbaru dari drama bersiri kegemaran anda dan memadam episod yang telah ditonton.

Sumber: Android Authority

Tags: Netflix
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

25 June 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN