fbpx

Taasub E-Mel Mungkin Punca Kegagalan Windows 10 Mobile Bersaing Dengan iOS

Menurut Bill Gates, dalam dunia perisian lebih-lebih lagi untuk sistem operasi, ia adalah dunia yang pemenangnya bolot semua dan bukannya “satu untuk engkau, dan satu untuk aku”. Sesiapa sahaja yang lebih kukuh asas platformnya maka akan ramailah pengguna yang akan berdiri di atasnya.

Lumia 950 XL, Windows Phone paling berkuasa pernah dihasilkan (sumber gambar)

Untuk kes komputer, Windows tiada masalah untuk bersaing dengan MacOS Apple tapi formula itu tidak berjaya diulangi Microsoft untuk Windows 10 Mobile.

Jika diikutkan pada sejarah sistem operasi telefon pintar, sudah tentu Windows 10 Mobile adalah “ayam tambatannya” kerana ada susur galur yang jauh lebih lama berbanding yang lain.

Android dan iOS hanya muncul seawal tahun 2007 berbanding Windows 10 Mobile yang jauh lebih awal kewujudannya

Ambil contoh dua sistem operasi utama tahun ini iaitu Android dan iOS, kedua-dua mereka dilancarkan seawal 2007 sedangkan Microsoft ada 7 tahun lebih banyak pengalaman berbanding “junior”-nya.

Dalam satu wawancara, Bill Gates mengakui mungkin terdapat ketakcekapan semasa beliau di Microsoft yang jadikan Windows 10 Mobile gagal menduduki tempat Android pada hari ini. CEO Microsoft semasa iPhone pertama dilancarkan dalam tahun 2007 ialah Steve Ballmer yang menduduki kerusi itu sejak tahun 2000.

Kenapa iPhone dilancarkan dalam tahun 2007 dan bukan 2006 ataupun 2008? Fakta ini mungkin menarik minat anda.

Dalam tahun 2006, Bill Gates telah melepaskan jawatannya sebagai Chief Software Architect, jawatan yang memberikannya kuasa untuk menentukan hala tuju teknologi Microsoft, walaupun dia bukan lagi seorang CEO.

Akibat tindakan itu, kuasa tersebut telah berpindah kepada Steve Ballmer dan ia mungkin dilihat oleh mendiang Steve Jobs sebagai satu kesempatan untuk memperkenalkan produk revolusioner yang akan mengubah hala tuju telefon pintar dunia selama-lamanya.

iPhone (2007) mengubah landskap telefon pintar buat selama-lamanya

Kenapa Steve Jobs tak gentar dengan Steve Ballmer berbanding dia gentar dengan Bill Gates? Bila diminta mengulas tentang iPhone, Ballmer dengan megahnya berkata:

“(Telefon) 500 Dollar dengan subsidi?! Ia adalah telefon termahal di dunia dan ia takkan menarik minat golongan professional kerana tidak dilengkapi papan kekunci untuk jadikannya “mesin” e-mel yang sesuai”

CNBC, 17 Januari 2007
BACA  Kemas Kini Android Q Akan Tampilkan Fast Share, Ciri Seperti AirDrop