fbpx

Mantapkan Skill Sunting Gambar Di Telefon Dengan Tutorial Ini

Lupakan Photoshop Express, lupakan filter pada Instagram, ataupun apa-apa APP daripada China yang meragukan tu. Gunakan saja Snapseed untuk penuhi segala keperluan menyunting gambar media sosial anda.

Ada seribu satu fungsi yang disediakan Snapseed untuk anda, tapi dalam artikel ini saya nak fokuskan pada Tune Image. Jika anda dah baca artikel tentang histogram yang telah saya utuskan, anda sepatutnya sudah ada asas yang kukuh untuk dapatkan exposure yang sempurna pada gambar anda.

Di mana nak cari Tune Image? Ia ada ada dalam Tools.

Dalam senarai Tune Image pula, ada 7 pilihan yang akan mengubah Histogram anda dengan cara tertentu dan mereka ialah:

  • Brightness
  • Contrast
  • Saturation
  • Ambiance
  • Highlights
  • Shadows
  • Warmth

Pilihan yang saya bold-kan adalah 5 yang akan saya terangkan dalam artikel ini kerana baki dua lagi hanyalah mengubah warna gambar. Saya akan guna balik rajah histogram dalam artikel terdahulu untuk tutorial ini.

Saya bukanlah jurugambar professional anda boleh rujuk Instagram saya di @matnep kerana hampir kesemua gambar yang saya muat naik disunting menggunakan Snapseed.


Brightness

Menggunakan Brightness, hubungan Shadow dan Highlight adalah berkadar terus, sama ada ke kanan ataupun ke kiri.

Shadow dan Highlight berubah secara songsang untuk Brightness

Ambil perhatian pada graf Histogram dalam gambar contoh di sudut kiri bawah.


Contrast & Ambiance

Contrast, seperti Brightness, mempengaruhi keseluruhan Histogram tetapi secara songsang.

Shadow dan Highlight berubah secara songsang untuk Contrast

Ambiance mengubah Histogram sama seperti Contrast tapi dengan cara yang unik kerana ini adalah ciri khas yang dibangunkan Google untuk Snapseed.

Cara ia beri kesan pada Histogram adalah seperti ada dua proses Contrast berlaku serentak, satu di bahagian Shadow dan satu lagi di Highlight.

BACA  Anda Jumpa Pengecas USB Murah? Fikir Banyak Kali Sebelum Belinya

Menurut Google, ia adalah kawalan contrast yang istimewa untuk mengimbangi cahaya dalam foto. Ia sesuai digunakan untuk gambar yang ada masalah backlit ataupun untuk menyerlahkan contrast gambar.

Ia sangat berkesan pada gambar yang flat iaitu bahagian cerah dan gelapnya tak begitu ketara.


Shadows & Highlights

Shadows dan Highlights, seperti namanya berfungsi macam Brightness, tapi dalam kawasan mereka tersendiri. Misalnya, jika anda menyunting Shadows, hanya bahagian shadow sahaja akan berubah manakala bahagian highlight perubahannya sangat minimum dan begitulah sebaliknya.

Shadows digunakan untuk mempercerah bahagian gelap tanpa menganggu bahagian yang sudah sedia cerah.

Shadows digunakan untuk mempergelap bahagian cerah tanpa menganggu bahagian yang sudah sedia gelap.

Contoh 01

Dalam gambar ini, subjek saya ialah seekor burung yang berwarna hitam. Yang mencabarnya adalah latar belakangnya agak cerah dan saya tak mungkin boleh gunakan Brightness untuk cerahkan burung kerana latar belakang sudah tentu akan di-overexpose-kan.

Latar belakang overexpose jika guna Brightness

Jadi untuk gambar ini, saya mulakan dengan Shadow untuk mempercerah bahagian mata burung serta bebulunya. Kemudian, saya pergi ke Ambiance untuk meratakan perbezaan warna antara latar belakang dengan subjek.

Akhir sekali, barulah saya gunakan Brightness untuk menetapkan kecerahan keseluruhan gambar.

Mulakan dengan Shadows, Ambiance, dan akhir sekali Brightness.

Contoh 2

Ini pula contoh pemandangan di Menara Tabung Haji. Dalam gambar ini, latar belakang langit saya cerah manakalabahagian pepohon di sebelah penjuru kanan bawah gambar adalah gelap. Maka, kita dapat lihat julat cahaya yang cerah dalam gambar ini.

Kalau saya nak serlahkan butiran langit dengan menurunkan Brightness, saya akan kehilangan pepohon saya.

Pepohon terpaksa dikorbankan untuk butiran langit

Sebaliknya, kalau saya nak serlahkan pepohon hijau, saya akan kehilangan langit saya.

Langit terpaksa dikorbankan untuk pepohon

Untuk gambar ini, saya mulakan dengan menurunkan Highlights untuk timbulkan langit. Kemudian, pada pepohon, saya naikkan Shadows tanpa mengganggu bahagian langit. Akhir sekali barulah saya sudahi dengan Brightness.

BACA  Realme X2 Pro: Buka Kotak & Hands-on
Mulakan dengan Highlights kemudian Shadows dan sudahi dengan Brightness

Kesimpulan

Snapseed pada saya adalah satu APP yang sempurna untuk kegunaan menyunting gambar media sosial, bukan saja ia percuma malah ia sarat dengan ciri menarik.

Tune Image cumalah sedikit daripada kuasa Snapseed. Exposure yang betul cumalah secebis daripada rukun mendapatkan gambar yang menarik. Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan tentang framing pula.