• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pergi ke KLIA dari serendah RM30 dengan SOCAR

  • OLEH Najib
  • 1:02 pm
  • 26/06/2019
  • Komen
Pergi ke KLIA dari serendah RM30 dengan SOCAR
Share on FacebookShare on Twitter

SOCAR merupakan perkhidmatan sewa kereta digital, di mana semua urusan menyewa boleh dibuat dengan pantas menggunakan aplikasi mudah alih di telefon pintar. Bagaimanapun, pengguna perlu memulangkan kereta SOCAR yang disewa ke tempat yang sama ia diambil.

Tetapi SOCAR juga ada menyediakan perkhidmatan sewa kereta sehala ke lapangan terbang, di mana pengguna boleh memandu kereta SOCAR di zon terpilih ke lapangan terbang KLIA dan meninggalkannya di sana. Perkhidmatan ini dikenakan kadar RM50 selain kadar sewa biasa kereta tersebut.



Kini, SOCAR menawarkan kadar percuma untuk perkhidmatan sehala ke KLIA. Dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019, pengguna tidak dikenakan kadar RM50 untuk perkhidmatan sehala ke KLIA. Hanya bayar kadar sewa biasa mengikut tempoh masa.

Dengan ini, anda boleh pergi ke KLIA bersama SOCAR, dari serendah RM30. Ini ialah contoh di mana anda menyewa kereta Axia selama 2 jam (RM16), kemudian membayar kadar tol (sekitar RM7.50) dan petrol berlebihan untuk jarak melebihi 40km.



Sewaan kereta SOCAR selama 2 jam memberi pengguna petrol percuma sebanyak 40 km. Untuk jarak selebihnya, ia dicaj RM0.25 setiap kilometer. Jika jarak anda ke KLIA ialah 60km, maka jarak lebihan ialah 20km atau RM5. Jadi caj yang dikenakan untuk 2 jam Axia ke KLIA ialah RM16+RM7.50+RM5 = RM28.50. Menarik kan.

Tidak semua kereta SOCAR boleh digunakan untuk perkhidmatan sehala ke KLIA. Anda perlu memerhati kepada tanda One-Way untuk perkhidmatan sehala ke KLIA. Menurut SOCAR, mereka memiliki lebih 100 zon sehala pada hari kerja dan 22 zon sehala pada hari minggu.

Untuk perkhidmatan sehala ke KLIA ini, anda perlu meletak kenderaan di dalam tempat letak kereta KLIA dan meninggalkan token parking di dalam kereta tersebut. Kemudian ikuti proses biasa pemualngan kenderaan bersama maklumat lokasi kereta.

Selain Axia, SOCAR turut menawarkan kereta yang lebih besar seperti Proton Iriz, Perodua Myvi, Bezza dan Alza, Honda City, Jazz, HRV, BRV dan CRV, Toyota Vios dan Altis, BMW 330e, Mini Cooper dan banyak lagi.

Jika anda belum pernah menggunakan SOCAR, anda boleh mendaftar di sini. Lesen memandu yang sah diperlukan bersama kad pengenalan semasa pendaftaran. Anda disyorkan untuk mendaftar lebih awal sebelum mula menggunakan SOCAR, kerana proses pendaftaran mengambil masa untuk pengesahan.

Sumber: SOCAR

Tags: KLIAKLIA2SOCAR
Najib

Najib

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER