fbpx

ROG Mothership mendarat di Malaysia dengan harga kapal angkasa

Asus mempunyai sejumlah penawaran komputer yang dikhaskan untuk penggunaan permainan video dibawah siri Republic of Gamers (ROG). Komputer yang diletakkan di bawah siri tersebut selalunya mempunyai kuasa yang tinggi untuk menjalankan permainan yang berat seperti Call of Duty Black Ops dan lain-lain.

Baru-baru ini, Asus ROG Malaysia telah melancarkan sebuah komputer terbaru yang dikenali sebagai ROG Mothership GZ700GX. dengan harga RM26,999. Mahalnya! Kenapa mahal sangat?

Ini kerana, Asus Rog Mothership mempunyai beberapa ciri yang menarik. Antaranya adalah ia memiliki rekaan yang berbeza berbanding komputer riba biasa. ROG Mothership menggabungkan rekaan komputer riba dan tablet. Pengguna boleh menggunakan papan kekunci komputer itu secara berasingan tanpa wayar.

Menurut Asus, rekaan tersebut digunakan pada komputer itu kerana ia membolehkan sistem penyejukkan berfungsi dengan baik pada belakang desktop. Papan kekunci yang boleh ditanggal ini juga boleh dilipat bagi memudahkan penggunaannya.

Bagi memberikan kepuasan maksima dalam bermain permainan video, ROG Mothership ini mempunyai 4 pembesar suara yang dihadapkan kepada pengguna, serta memiliki paparan 17.3 inci beresolusi HD penuh serta refresh rate setinggi 144Hz dengan masa respons serendah 3ms.

Agak mengejutkan apabila peranti ini memiliki badan yang nipis, senipis 29.9mm, namun ia padat dengan perkakas berkuasa tinggi.

Selain itu, ia juga dikuasakan oleh cip Intel Core i9-9980HK dengan keupayaan G-Sync serta kad grafik Nvidia Geforce RTX 2080 dan 8GB GDDR6 VRAM. Ia turut memiliki storan sehingga 3 keping SSD NVMe seluas 512GB setiap satu.

Memiliki warna yang menarik iaitu Aluminium Black, ROG Mothership boleh didapati pada pertengahan bulan Julai 2019, di beberapa buah kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Asus.

BACA  Galaxy Watch Active 2 RM300 Lebih Mahal Daripada Generasi Sebelumnya