• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:58 pm
  • 27/06/2019
  • Komen
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti kita ketahui iklan sudah pun wujud pada aplikasi Instagram sejak empat tahun lepas lagi. Memandangkan aplikasi Instagram merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau Apps Store, iklan merupakan cara untuk Instagram menjana pendapatan.

Terbaru, Instagram, juga merupakan sebuah platform media sosial, telah mengumumkan bahawa mereka bakal menambah ruangan iklan pada halaman Explore. Halaman Explore merupakan halaman untuk pengguna menemui kandungan baru yang bersesuaian dengan minat mereka.



Walaupun iklan bakal ada pada halaman itu, namun ia tidak akan muncul pada grid Explore. Sebaliknya, ia mula muncul setelah pengguna membuka pos pada halaman Explore dan skrol suapan tersebut.

Menerusi laporan The Verge, Pengarah Pemasaran Produk Perniagaan Instagram, Susan Buckner Rose berkata, pemilihan halaman Explore untuk menyiarkan iklan adalah satu pilihan yang amat sesuai kerana pada halaman tersebutlah pengguna akan menjumpai akaun baru, orang baru dan jenama yang belum diikuti.



Walau bagaimanapun, Rose tidak menyatakan sebab yang jelas atas tindakan mereka tidak meletakkan iklan pada grid Explore.

Seperti biasa, iklan yang disiarkan adalah terdiri daripada foto dan video, bermula hari ini. Instagram juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak dan bakal memaparkan iklan daripada pihak yang terbabit kepada pengguna pada beberapa bulan akan datang.

Sumber: The Verge

Tags: Iklan Instagraminstagraminstagram ads
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

27 June 2019
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN