fbpx

Sega Genesis kini kembali dengan saiz 2x lebih kecil pada RM359

Pengedar permainan video, Epicsoft Asia Pte Ltd mengesahkan bahawa Sega Genesis Mini bakal dilancarkan pada 19 September di seluruh Asia Tenggara. Ini bermakna penggemar permainan video retro di Malaysia juga akan merasai kehebatan konsol itu.

Berbeza dengan konsol Sega Genesis (juga dikenali sebagai Mega Drive) yang pernah popular sekitar tahun 1990-an, Sega Genesis Mini ini datang dengan saiz 55% lebih kecil daripada yang asal. Ia turut memiliki pelbagai port replika dan gelongsor kawalan bunyi.

Seperti konsol permainan yang lain, Sega Genesis Mini ini juga akan datang sekali dengan dua controller berwayar yang masih lagi mengekalkan saiz asalnya dan memiliki tiga butang klasik konsol Sega.

Anda juga turut dibekalkan sekali dengan wayar kuasa dan HDMI untuk bermain permainan kegemaran anda. Bukan itu saja, anda juga turut dibekalkan dengan 42 permainan video retro menarik seperti berikut:

  • Alex Kidd in the Enchanted Castle
  • Alisia Dragoon
  • Altered Beast
  • Beyond Oasis
  • Castle of Illusion Starring Mickey Mouse
  • Castlevania: Bloodlines
  • Columns
  • Comix Zone
  • Contra: Hard Corps
  • Darius
  • Robotnik’s Mean Bean Machine
  • Dynamite Headdy
  • Earthworm Jim
  • Ecco the Dolphin
  • Eternal Champions
  • Ghouls ‘n Ghosts
  • Golden Axe
  • Gunstar Heroes
  • Kid Chameleon
  • Landstalker
  • Light Crusader
  • Mega Man: The Wily Wars
  • Monster World 4
  • Phantasy Star 4: The End of the Millennium
  • Road Rash 2
  • Shining Force
  • Shinobi III: Return of the Ninja Master
  • Sonic The Hedgehog
  • Sonic The Hedgehog 2
  • Sonic The Hedgehog Spinball
  • Space Harrier 2
  • Street Fighter 2: Special Champion Edition
  • Streets of Rage 2
  • Strider
  • Super Fantasy Zone
  • Tetris
  • Thunder Force 3
  • ToeJam & Earl
  • Vectorman
  • Virtua Fighter 2
  • Wonder Boy in Monster World
  • World of Illusion Starring Mickey Mouse and Donald Duck
BACA  Sistem operasi Android Q dijamin sampai ke keluarga Honor 20

Pegawai Eksekutif syarikat Sega Games, Miyazaki Hiroyuki berkata bahawa, Genesis Mini bukan hanya sekadar konsol permainan video, malah ia bertujuan untuk mengembalikan semula sejarah kegemilangan Sega, termasuk kelahiran karakter ikonik, Sonic the Hedgehog.

Konsol mini tersebut juga dikenali sebagai Mega Drive Mini di Jepun dan negara Eropah.

Konsol klasik itu boleh dipesan dengan harga RM359 di kedai yang terpilih, termasuk kedai permainan video, Impulse Gaming. Pesanan dalam talian hanya boleh dibuat apabila hampir dengan tarikh pelancarannya.

Selain, Sega Genesis Mini, terdapat dua lagi konsol permainan video klasik yang dijual di Malaysia iaitu Playstation Classic dengan harga RM429 dan Nintendo Classic RM459. Jika anda mahu jimat, apa kata DIY saja konsol permainan video retro anda sendiri

Pada mereka yang pernah memiliki konsol permainan video yang menggunakan pita, pasti akan dapat mengembalikan nostalgia bermain permainan video retro seperti Super Mario.

Sumber: Stuff, Asia One