• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi CC9 Ada Rupa Macam P30 Tapi Harga Mungkin Jauh Lebih Murah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:31 pm
  • 27/06/2019
  • Komen
Xiaomi CC9 Ada Rupa Macam P30 Tapi Harga Mungkin Jauh Lebih Murah
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi dilaporkan akan melancarkan satu siri baru dalam keluarga telefonnya yang bergelar siri CC. Dijadualkan untuk dilancarkan pada 2 Julai ini, bebapa gambar Xiaomi CC9 sudahpun dikongsikan oleh Lei Jun, CEO Xiaomi.

Pertama sekali adalah bahagian belakang telefon ini saling tak tumpah seperti sebuah P30, lebih-lebih lagi warna biru mudanya. Warna yang serupa turut sedang ditawarkan oleh Samsung untuk Galaxy S10 mereka.



Jika anda perasan juga, tiada pengimbas cap jari terletak di belakang panel telefon ini. Spekulasi ada menyatakan yang berkemungkinan besar ia akan menggunakan pengimbas cap jari terbenam di dalam paparan.

Di bahagian bawah telefon, anda boleh temui USB-C serta jeriji speaker. Malangnya, tiada sebarang jek audio boleh ditemui darpada imej yang dikongsikan. Beralih ke jabatan pengimejan, CC9 dipercayai dilengkapi kamera 48MP tapi daripada sensor jenis apa, tidak pula dikongsikan.



Sebab saya katakan yang Xioami CC9 akan berharga jauh lebih murah berbanding P30 adalah ramai yang mengatakan yang SoC yang akan memperkasakan telefon ini mungkin sama ada Snapdragon 710 ataupun 712 yang agak berusia.

Sebagai perbandingan, Huawei P30 dikuaskaan Kirin 980 dijual pada harga bermula RM2,699.

Tags: xiaomixiaomi ccxiaomi cc9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi CC9 Ada Rupa Macam P30 Tapi Harga Mungkin Jauh Lebih Murah

Xiaomi CC9 Ada Rupa Macam P30 Tapi Harga Mungkin Jauh Lebih Murah

27 June 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN