• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun sehingga 50% untuk produk Huawei minggu depan

  • OLEH Najib
  • 8:44 am
  • 30/06/2019
  • Komen
Huawei tawar ganjaran VIP dan program tukar telefon untuk P30
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam kita baru menerima khabar bahawa Trump menghentikan sekatan terhadap Huawei dan hari ini, satu lagi berita baik tiba. Huawei Malaysia akan mengadakan promosi di Stor Online Huawei, memberikan diskaun sehingga 50%.

Perkara ini kami terima menerusi emel promosi Huawei. Ia berkongsi sebuah gambar yang menyatakan, promosi tersebut akan berjalan minggu depan, dari 1 hingga 8 Julai 2019.



Selain itu, tiada maklumat lain diberikan. Jadi masih tidak diketahui peranti atau aksesori apakah yang akan diberikan diskaun. Untuk diskaun 50%, berkemungkinan besar ia untuk aksesori atau model lama peranti Huawei.

Gambar di dalam emel tersebut juga menunjukkan telefon pintar Huawei P30 Pro. Ini mungkin satu lagi petunjuk bahawa telefon ini akan turut menerima diskaun.



Buat masa ini, Huawei P30 128GB dijual pada harga RM2,799. P30 Pro dengan kuasa zum lossless 10x pula berharga RM3,799 untuk storan 256GB dan RM4,399 bagi storan 512GB.

Selain itu, bagi menambah keyakinan pengguna untuk membeli peranti Huawei, dua peniaga iaitu DirectD dan Mobile 2 Go menawarkan jaminan pulangan wang, jika servis Google tidak boleh digunakan di telefon pintar Huawei yang dibeli. Dengan penarikan balik sekatan, mungkin jaminan ini tidak diperlukan lagi.

Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Huawei tawar ganjaran VIP dan program tukar telefon untuk P30

Diskaun sehingga 50% untuk produk Huawei minggu depan

30 June 2019
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER