fbpx

Trump benarkan Amerika berniaga dengan Huawei selepas bertemu Xi Jinping

Dalam pertemuan Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di Osaka, Jepun, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini mengumumkan untuk membenarkan Huawei kembali berurusniaga dengan syarikat AS. Perkara ini diumumkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping.

Trump menerangkan, urusniaga ini hanya melibatkan jual beli yang tidak melibatkan risiko keselamatan tinggi kepada AS. Kebenaran ini diberikan agar syarikat AS boleh terus beroperasi dengan lancar.

Perkara ini dilihat selari dengan permintaan pelbagai syarikat yang memohon kerajaan AS untuk mengkaji semula sekatan terhadap Huawei. Ini kerana Huawei membekalkan banyak perkakas dan teknologi kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Ramai melihat langkah sekatan sebelum ini akan memberi kesan yang teruk bukan sahaja kepada Huawei, malah kepada pelbagai syarikat di AS sendiri. Kerajaan China juga dikatakan sudah mula membuat senarai sekatan untuk syarikat AS yang dilihat berkomplot.

Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai sekatan berurusan dengan syarikat AS, kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan kerajaan. Huawei berulangkali menafikannya dan bersedia memberi kerjasama untuk siasatan tetapi tidak diendahkan kerajaan Trump.

Sumber: Bloomberg

BACA  Huawei Mate30 Bakal Hasilkan Gambar Potret Terbaik?