• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom sedia datang ke rumah untuk memudahkan urusan OKU

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 01/07/2019
  • Komen
Celcom sedia datang ke rumah untuk memudahkan urusan OKU
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, Celcom menyediakan perkhidmatan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan keistimewaan eksklusif. Selain diskaun RM10 sepanjang hayat untuk pelan mudah alih, Celcom turut menyediakan kemudahan mendaftar di rumah dan keutamaan di cawangan BlueCube.

Pelanggan OKU kini boleh mendaftar pelan baru Celcom dengan lebih mudah apabila Celcom menyediakan perkhidmatan temujanji di rumah. Temujanji ini boleh ditetapkan dengan menghubungi Celcom di talian 1111 atau 019 601111, melayari laman web Celcom atau menerusi platform media sosial.



Wakil khidmat pelanggan Celcom akan hadir ke rumah pelanggan OKU sendiri untuk menguruskan pendaftaran, jika dalam lingkungan 25km dari cawangan Celcom BlueCube terdekat.

Jika pelanggan OKU hadir ke cawangan Celcom BlueCube, mereka akan terus dilayani atau dilayan seterusnya oleh wakil khidmat pelanggan Celcom selepas dikenalpasti. Tidak perlu beratur.



Selain itu, pelanggan OKU juga boleh menghantar wakil samada rakan atau keluarga untuk mendaftar. Hanya bawa dokumen berkaitan seperti surat kebenaran wakil, kad OKU, serta kad pengenalan wakil dan pelanggan.

Celcom menawarkan diskaun RM10 sepanjang hayat untuk pelanggan OKU melanggan pelan pascabayar, pelan jalur lebar wayarles di rumah dan pelan prabayar Xpax.

Kempen “Celcom Empower” ini adalah contoh komitmen Celcom untuk membawa teknologi, komunikasi dan internet lebih dekat kepada semua orang, termasuk mereka yang kelainan upaya agar dapat memenuhi gaya hidup digital masa kini dan memberi peluang yang sama rata.

Sebanyak 39 cawangan Celcom BlueCube di seluruh negara menyediakan akses kerusi roda dan ia akan diluaskan lagi ke semua cawangan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Idham Nawawi berkata beliau bangga dapat melaksanakan sebahagian tanggungjawab di dalam Ikrar Keutamaan Pelanggan di mana kualiti khidmat pelanggan dan penyelesaian aduan diutamakan. Ia juga selaras dengan seruan kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat dalam menikmati teknologi serta memberi keutamaan eksklusif kepada golongan OKU.

Maklumat lanjut tentang kempen “Celcom Empower” yang memberi keistimewaan kepada golongan kelainan upaya, boleh ditemui dengan melayari laman sesawang Celcom Empower.

Tags: celcomOKU
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Celcom sedia datang ke rumah untuk memudahkan urusan OKU

Celcom sedia datang ke rumah untuk memudahkan urusan OKU

1 Julai 2019
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER