Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Shopee tawar pulangan wang jika aplikasi tidak boleh digunakan di peranti Huawei

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan program App Protection Warranty, atau jaminan perlindungan aplikasi untuk peranti Huawei yang dibeli di Shopee. Progroam ini melibatkan beberapa penjual terpilih di Shopee, untuk pembelian peranti Huawei dari 1 Julai sehingga 30 September 2019.

Program ini menjamin pulangan wang sepenuhnya jika aplikasi yang tersenarai di bawah, tidak lagi berfungsi di telefon pintar Huawei yang dibeli di Shopee, dalam tempoh jaminan pengeluar. Aplikasi tersebut ialah:

  • Google Play Store
  • Gmail
  • Google Map
  • Google Gallery
  • Chrome
  • YouTube
  • Facebook
  • Instagram
  • WhatsApp

Program ini diadakan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk membeli produk Huawei di Shopee. Untuk memohon pulangan wang jika aplikasi di atas tidak lagi boleh digunakan, hanya tunjukkan bukti pembelian kepada peniaga yang terlibat untuk tindakan lanjut.

Peniaga yang terlibat dalam program jaminan perlindungan aplikasi di Shopee ialah:

  1. Huawei Official Shop – https://shopee.com.my/huawei.os
  2. Huawei Concept Store – https://shopee.com.my/huawei.conceptstore
  3. DirectD Official Store – https://shopee.com.my/directd.official
  4. Senheng Official Store – https://shopee.com.my/senheng.my
  5. Courts Flagship Store – https://shopee.com.my/courts.os
  6. Satu Gadget Official Store – https://shopee.com.my/satugadgetofficialstore

Manakala peranti yang dijamin pulangan wang dalam program ini ialah:

Telefon Pintar – P20, P20 Pro, P30, P30 Pro, Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, Nova 3, Nova 3i, Nova 4, Nova4E, Y Max, Y5 2019, Y5 Prime 2018, Y6 2018, Y7 Pro 2019, Y9 2019, Y9 Prime 2019
Tablet – Mediapad M5 Pro, M5, M5 Lite 10, M5 Lite 8, T3 7, T5 10

Selain itu, Shopee juga menawarkan kupon diskaun RM30 yang boleh digunakan untuk pembelian RM1,000 dan ke atas dalam kategori Mobile and Gadgets. Gunakan kod JULMOBILE30 semasa pembayaran untuk mendapat diskaun tersebut.

BACA  Penerbangan Malaysia Airlines ke Asia, Australia dan Eropah akan ditambah bermula Julai