fbpx

Tarikan balik sekatan bukan pengampunan menyeluruh, hanya untuk sebahagian produk Huawei

Minggu lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penarikan balik sekatan perniagaan syarikat AS dengan Huawei, dengan syarat. Ia kemudiannya diterangkan oleh Rumah Putih, bahawa tarikan balik sekatan itu terhad kepada produk yang terdapat di seluruh dunia.

Kebenaran diberikan untuk produk Huawei yang terdapat secara meluas di seluruh dunia, tidak termasuk peralatan dan perkakas yang paling sensitif. Kerajaan AS akan menganugerahkan lesen tambahan kepada produk yang terdapat secara meluas bagi peralatan yang diperlukan Huawei, terang Pengerusi Majlis Ekonomi Negara, Larry Kudlow kepada “Fox News Sunday.”

Ia bukan pengampunan menyeluruh, keprihatinan terhadap keselamatan negara akan tetap menjadi fokus paling utama, terang Kudlow.

Tarikan sebahagian larangan terhadap Huawei dicapai selepas Presiden Donald Trump bertemu dan berbincang dengan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dalam Sidang Kemuncak G20. Walaubagaimanapun, ia masih mendapat kritikan dari Senator AS yang mengaitkan Huawei dengan agensi perisikan China menerusi pengagihan teknologi secara meluas di seluruh dunia.

Huawei selaku pengeluar perkakas telkomunikasi terbesar di dunia serta pengeluar telefon pintar no 2, menafikan dakwaan bahawa produknya memberi ancaman keselamatan dan telah mengambil tindakan undang-undang di mahkamah AS.

Kudlow menambah, kebimbangan lebih meluas terhadap Huawei akan menjadi sebahagian dari perbincangan yang diperbaharui. Persetujuan yang dicapai minggu lepas juga, bukannya kata akhir dan belum dimuktamadkan.

Sumber: Reuters

BACA  Rekaan Kuadkamera Mate 30 Pro Tentunya Antara Yang Terunik 2019