• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia kini terbang ke bandar bersejarah Melaka

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 02/07/2019
  • Komen
AirAsia kini terbang ke bandar bersejarah Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah yang telah memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax 11 kali berturut-turut, mengumumkan destinasi penerbangan terbaru mereka, iaitu Melaka. Semalam, mereka telah menyambut penerbangan sulung dari Pulau Pinang ke Melaka.

Penerbangan AirAsia AK6284, menggunakan pesawat Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 1.20 petang dan mendarat pada jam 2.25 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, di mana ia disambut dengan pancuran air semasa ketibaan.



Menurut AirAsia, Melaka merupakan destinasi domestik ke-6 mereka dari hub Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang, AirAsia turut terbang ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Surabaya, Medan, Hanoi, Ho Chi Minh City, Bangkok dan Phuket.

Buat masa ini, AirAsia mengoperasikan satu penerbangan pergi dan balik antara Pulau Pinang dan Melaka.



AirAsia juga kini menawarkan diskaun 20% ke atas semua tempat duduk untuk semua penerbangan. Tempahan boleh dibuat di laman sesawang AirAsia.com serta di aplikasi mudah alih AirAsia, mulai sekarang sehingga 7 Julai 2019. Ia sah untuk perjalanan antara 8 Julai dan 21 November 2019. Pelanggan digalakkan untuk log masuk dan bayar menggunakan kad BigPay untuk menikmati tambang terendah.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiaMelakaPulau Pinang
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
AirAsia kini terbang ke bandar bersejarah Melaka

AirAsia kini terbang ke bandar bersejarah Melaka

2 July 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN