• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 2:48 pm
  • 02/07/2019
  • Komen
Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Nova 5 telah dilancarkan di China bulan lepas, tampil dengan tiga model iaitu Nova 5, Nova 5 pro dan Nova 5i. Dengan sekatan terhadap Huawei telah ditarik balik, kita boleh lihat lebih banyak telefon Huawei akan dilancarkan di peringkat antarabangsa.

Malaysia merupakan pasaran utama Huawei dan Nova 5 dijangka akan dilancarkan di sini tidak lama lagi. Kami berpeluang untuk menelitinya dalam pertemuan Huawei bersama media baru-baru ini.



Menurut Pengarah Besar Pengguna Perniagaan Huawei Malaysia, Bill Liu, mereka kini dalam fasa perancangan untuk siri Nova 5. Beliau tidak menyatakan bilakah tarikh pelancarannya dan tidak juga dinyatakan sama ada Malaysia akan menerima ketiga-tiga model Nova 5.

Kesemua model Nova 5 datang dengan 4 kamera belakang. Nova 5 Pro memiliki skrin OLED 6.39″ HD Penuh+ dengan takuk kecil di atas. Skrin ini juga memiliki pengimbas capjari di dalamnya. Ia dikuasakan oleh pemproses terbaik Kirin 980.



Kamera di Nova 5 Pro amat menyerupai Honor 20 iaiatu kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Di hadapan, ia menggunakan kamera 32MP F2.0.

Versi pertengahan ialah Nova 5 dengan kuasa pemproses baru, Kirin 810. Menurut AnTuTu, Kirin 810 lebih berkuasa tinggi dari Qualcomm Snapdragon 730. Lain-lain perkara di Nova 5 serupa dengan Nova 5 Pro.

Nova 5i pula dikuasakan pemproses Kirin 710, dengan skrin 6.4-inci berlubang. Kelebihannya berbanding Nova 5 dan Nova 5 Pro ialah ia masih ada slot kad mikroSD dan jek audio 3.5mm.

Kenali lebih lanjut tentang siri Nova 5 dalam artikel kami di sini.

Tags: HuaweiNova 5
Najib

Najib

POPULAR

Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

Nova 5 akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

2 July 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN