• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 02/07/2019
  • Komen
Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa kata Mi 9T telefon terbaik untuk dibeli dengan bajet RM1,200? Kalau anda kata ya, maka anda harus dapatkannya di Lazada sekarang. Ini kerana Lazada menawarkannya dengan jaminan tambahan serta perlindungan kerosakan tidak sengaja.

Mi 9T dengan RAM 6GB dan storan 64GB memiliki harga rasmi RM1,199 di Malaysia. Sempena promosi bulan Julai, Lazada Malaysia menawarkannya bersama perlindungan LazadaCare Plus secara percuma.



Tetapi ia hanya boleh dibeli menerusi aplikasi Lazada dan perlu ditempah awal sebelum 11 Julai. Bayaran deposit 10% atau RM119.90 perlu dibuat semasa tempahan awal dan baki bayaran perlu dibuat pada 12 Julai 2019.

Mi 9T yang ditempah dalam tempoh ini akan dihantar dalam masa 11 hari. Lazada menawarkan Mi 9T dalam dua warna, hitam dan merah.



Xiaomi Malaysia mengedarkan Mi 9T di Malaysia dengan jaminan selama 1 tahun. Dengan LazadaCare Plus, pembeli menerima tambahan jaminan tahun ke-2, serta 1 tahun perlindungan kerosakan tidak sengaja, yang merangkumi baikpulih di pusat servis rasmi dengan peralatan asli. Anda boleh kenali tentang LazadaCare Plus lebih lanjut di sini.

Mi 9T merupakan versi antarabangsa Redmi K20 yang dilancarkan di China. Ia dikuasakan pemproses baru Snapdragon 730 dengan skrin AMOLED 6.39″ tanpa takuk dan lubang. Kamera hadapan tersimpan di dalam modul pop-up yang boleh tersembunyi di belakang skrin.

Walaupun berkelas pertengahan, Mi 9T memiliki kamera yang hebat. Tiga kamera di belakangnya gabungan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telefoto 8MP F2.4 dengan 2x zum optikal. Kamera hadapan pula 20MP.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui pot USB-C. MI 9T tidak menyokong kad mikroSD tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm.

Jika anda berminat dengan storan lebih besar, Mi 9T juga terdapat dalam versi 128GB dengan harga jualan RM1,399. Kenali Mi 9T lebih lanjut dalam video buka kota kami di bawah.

Tags: LazadaMi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan

Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan

2 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER