fbpx

Rupa sebenar Galaxy Note 10+ dikesan

Samsung pagi ini baru mengumumkan tarikh pelancaran Galaxy Note 10, iaitu pada 7 Ogos 2019 di New York. Sudah banyak perkongsian berkenaan reka bentuk Galaxy Note 10 disebarkan sebelum ini, tetapi kali ini rupa sebenarnya telah dikesan.

Sebelum ini Samsung dimaklumkan akan memperkenalkan dua jenis Galaxy Note 10, dengan versi yang lebih besar dan berkuasa akan diberi nama Galaxy Note 10 Pro. Tetapi gambar dibawah menunjukkan Samsung akan mengekalkan penggunaan + di peranti lebih besar. Maka, namanya akan menjadi Galaxy Note 10+.

Gambar ini juga dapat dilihat dengan jelas lubang di atas skrin, terletak di tengah bukan lagi di tepi seperti Galaxy S10. Bagaimanapun, hanya ada satu lubang untuk Galaxy Note 10+, bermaksud tiada lagi dua kamera hadapan seperti di Galaxy S10+.

Di hadapan, tidak juga kelihatan jeriji pembesar suara di atas skrin. Ini sedikit sebanyak mengesahkan bahawa Samsung akan menggunakan teknologi bunyi di atas skrin. Bahagian atas dan bawah telefon tidak dapat dilihat dengan jelas, tetapi ia seperti tiada lagi jek audio 3.5mm.

Gambar belakang telefon agak kabur, tetapi dapat dilihat kamera belakang yang disusun menegak. Galaxy Note 10+ dijangka datang dengan 4 kamera belakang, di mana kamera ke-4 ialah kamera ToF untuk pengesan kedalaman dan ia terletak di tepi 3 kamera utama.

Secara kasar, gambaran sebenar Galaxy Note 10+ ini amat serupa dengan maklumat yang telah dikongsi oleh OnLeaks. Model lebih kecil, Galaxy Note 10 akan datang dengan skrin dan bateri lebih kecil.

Sumber: Sammobile, TechTalkTV

BACA  Samsung sediakan kemaskini Android 10 serentak untuk peranti bajet dan flagship