• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Beberapa ciri baru EMUI 10 berasaskan Android Q telah diuji untuk peranti Huawei

  • OLEH Najib
  • 11:19 am
  • 03/07/2019
  • Komen
Beberapa ciri baru EMUI 10 berasaskan Android Q telah diuji untuk peranti Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei bulan lepas telah mengumumkan komitmennya untuk menyediakan kemaskini EMUI 10 berasaskan Android Q untuk oeranti keluarannya. Kini, perisian EMUI 10 di peringkat ujian telah terbocor di alam maya dan beberapa fungsi baru ditemui di dalamnya.

Perisian EMUI 10 ini didapati dari laman FunkyHuawei dan telah diuji oleh pihak AndroidCentral di telefon pintar Huawei P30 Pro, untuk melihat apakah perkara baharu yang terdapat di dalamnya.



Antaramuka

Tidak banyak perbezaan antaramuka dilihat pada EMUI 10 jika dibandingkan dengan EMUI 9.1 (Android Pie). Warna putih dengan sentuhan biru menjadi warna majoriti antaramuka. EMUI sendiri memiliki logo baru.

Perubahan rupa terbesar dilihat ada pada widget jam dan cuaca, di mana ia memiliki lebih banyak warna. Menu quick settings yang ditarik dari atas skrin, sedikit berubah kepada warna hitam gradient. Agak pelik bila Setting tersebut dimatikan, ia tenggelam dengan warna latar dan susah dilihat.



Gesture ataupun arahan sapuan atas skrin masih kekal sama dan ini sebenarnya serupa dengan apa yang diperkenalkan dalam Android Q. Bagaimanapun animasi perubahan dilihat lebih lancar dan sedap dipandang.

Kebenaran dan Privasi

EMUI 10 yang berasaskan Android Q, akan turut menerima beberapa pembaharuan dari Android Q. Antaranya ialah kebenaran dan privasi sistem serta fail.

Beberapa contoh tetapan baru ialah memberi kebenaran semasa aplikasi dilancarkan atau selamanya. Ia juga akan menerima mod gelap atau dark mode yang lebih menjimatkan tenaga di skrin OLED.

Aplikasi Kamera

Perubahan besar pada antaramuka aplikasi kamera di EMUI 10 ialah perubahan font dan ikon. Ia tidak lagi menggunakan gaya Leica yang telah sinonim dengan peranti-peranti sebelum ini. Perubahan in dilihat untuk menyeragamkannya dengan antaramuka EMUI sendiri.

Mengubah mod kamera dari kiri ke kanan dirasakan lebih lancar. Manakala suis zum diberi sedikit sentuhan perubahan. Pilihan mod warna vivid, smooth dan standard ditambah dengan lebih banyak penapis gambar dengan kawalan intensity baru, memberi lebih banyak pilihan untuk mengedit gambar terus dari kamera.

Semua ini masih di peringkat ujian dan ia mungkin berubah sebelum dimuktamadkan di peringkat akhir. EMUI 10 berasaskan Android Q dijangka diperkenalkan bersama Mate 30 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Android Central

Tags: androidandroid qEMUI 10Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Beberapa ciri baru EMUI 10 berasaskan Android Q telah diuji untuk peranti Huawei

Beberapa ciri baru EMUI 10 berasaskan Android Q telah diuji untuk peranti Huawei

3 July 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN