• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Red Magic 3 ditawarkan eksklusif di Celcom dari serendah RM499

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 03/07/2019
  • Komen
Nubia Red Magic 3 ditawarkan eksklusif di Celcom dari serendah RM499
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia Red Magic 3 merupakan sebuah telefon pintar gaming yang berkuasa tinggi. Ia telah dijual di Malaysia pada harga RM2,199 dengan kuasa Snapdragon 855, RAM 8GB dan storan 128GB. Jika anda mahu membelinya dengan harga lebih rendah, ia kini ditawarkan di Celcom.

Celcom kini menyenaraikan Red Magic 3 serendah RM499 sahaja, bersama langganan pelan pascabayar Celcom dengan kontrak selama 24 bulan. Bukan itu sahaja, Celcom turut membuka tawaran ini berama pelan pascabayar Xpax.



Berikut ialah harga Red Magic 3 apabila dilanggan bersama kontrak selama 24 bulan di Celcom:

  • Gold Plus 40GB (RM98/bulan) – RM1,198
  • Gold Supreme 50GB (RM128/bulan) – RM1,038
  • Platinum 60GB (RM148/bulan) – RM898
  • Platinum Plus 100GB (RM188/bulan) – RM499
  • Xpax 60 10GB (RM60/bulan) – RM1,358

Semasa pendaftaran, pengguna perlu membayar wang pendahuluan sekitar RM150-RM1,000, bergantung kepada jenis pelan yang dipilih bersama harga peranti. Wang pendahuluan ini akan direbatkan semula ke dalam bil bulanan pengguna.



Telefon Red Magic 3 yang ditawarkan Celcom ini memiliki RAM 8GB dan storan 128GB. Ia telah dijual di Malaysia dengan harga RM2,199. Terdapat satu lagi versi, dengan RAM 12GB dan storan 256GB dijual pada harga RM2,799 tetapi tidak terdapat di Celcom. Ia boleh dibeli dari pengedar di Nubia seluruh Malaysia.

Selain prestasi tinggi dengan cip Snapdragon 855, Red Magic 3 memiliki skrin hebat, berukuran 6.65-inci dari jenis AMOLED, tiada lubang dan takuk, dengan resolusi HD penuh+, menyokong HDR dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Ini boleh memberi pengalaman bermain game yang lebih lancar dan menarik.

Tarikan utama Red Magic 3 ialah sistem penyejukan menggunakan kipas dan cecair, pertama seumpamanya di telefon pintar.

Kameranya hanya satu di belakang, menggunakan sensor Sony IMX586 48MP F1.7 dan kamera hadapan pula 16MP F2.0. Bateri di dalam Red Magic 3 sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

Red Magic 3 juga memiliki butang kapasitif L1 & R1 di sebelah kanan telefon. Apabila telefon dipegang secara mendatar, ia bertindak sebagai butang tambahan yang banyak membantu semasa bermain games.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Celcom ini, layari laman Nubia Red Magic 3 di Celcom.

Tags: celcomNubiaRed Magic 3
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Red Magic 3 ditawarkan eksklusif di Celcom dari serendah RM499

Nubia Red Magic 3 ditawarkan eksklusif di Celcom dari serendah RM499

3 July 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN