fbpx

Tempahan dibuka untuk Nubia Red Magic 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB

Nubia Red Magic 3 adalah telefon pintar gaming terbaru dari Nubia dan ia telah dijual di Malaysia. Bagaimanapun, hanya satu versi yang ada, iaitu RAM 8GB dan storan 128GB dengan harga RM2,199.

Jika ada yang mahukan storan dan RAM lebih besar, ia dikatakan akan tiba di Malaysia pada bulan Julai. Perkara ini diumumkan oleh DirectD di mana mereka telah mula mengambil tempahan untuk Red Magic 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Menurut DirectD, Red Magic 3 dengan RAM 12GB dan storan 256GB dijual di Malaysia pada harga RM2,799 dan dijangka tiba pada 7 Julai 2019. Orang ramai boleh membuat tempahan sekarang dengan membayar deposit sebanyak RM500. Peranti ini datang dengan jaminan selama setahun dari Nubia Malaysia.

Nubia Malaysia pula menyatakan di Facebook mereka, Red Magic 3 dilancarkan pada 27 Jun 2019 dan ia akan boleh dibeli di stor online Nubia serta di Celcom.

Selain prestasi tinggi dengan cip Snapdragon 855, Red Magic 3 memiliki skrin hebat, berukuran 6.65-inci dari jenis AMOLED, tiada lubang dan takuk, dengan resolusi HD penuh+ dan menyokong HDR serta kadar segar semula setinggi 90Hz. Ini boleh memberi pengalaman bermain game yang lebih lancar dan menarik.

Tarikan utama Red Magic 3 ialah sistem penyejukan menggunakan kipas dan cecair, pertama seumpamanya di telefon pintar.

Kameranya hanya satu di belakang, menggunakan sensor Sony IMX586 48MP F1.7 dan kamera hadapan pula 16MP F2.0. Bateri di dalam Red Magic 3 sangat besar, berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

Red Magic 3 juga memiliki butang kapasitif L1 & R1 di sebelah kanan telefon. Apabila telefon dipegang secara mendatar, ia bertindak sebagai butang tambahan yang banyak membantu semasa bermain games.

BACA  Carousell rai wirawati negara sambil menderma di #MYLocalWira

Sumber: DirectD