• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perak mahu jadi pertama laksana NFCP, Internet berkelajuan tinggi di pedalaman

  • OLEH Najib
  • 3:18 pm
  • 04/07/2019
  • Komen
Perak mahu jadi pertama laksana NFCP, Internet berkelajuan tinggi di pedalaman
Share on FacebookShare on Twitter

Ingatkah anda tentang Projek Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Jasin, Melaka awal tahun ini? Projek rintis ini menunjukkan kelajuan internet yang mencecah hampir 1Gbps.

Ujian kelajuan NFCP di Jasin, Melaka

Selepas Jasin, dilaporkan Perak akan menjadi negeri pertama NFCP dilaksanakan. Perkara ini diumumkan oleh Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak. NFCP ialah projek kerajaan yang menggabungkan penggunaan gentian optik dan sambungan wayarles untuk membekalkan internet berkelajuan tinggi ke kawasan pedalaman terutamanya.



Kerajaan Negeri Perak telah menerima kertas cadangan dari TNB berkenaan pelaksanaan NFCP dan akan diperhalusi sebelum dimuktamadkan dalam masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi. Ia bukan sahaja membenarkan orang ramai menikmati internet berkelajuan tinggi, tetapi boleh menarik lebih banyak pelabur ke negeri Perak.

Exco Perak, Hasnul Zulkarnain

Menurut Hasnul, beliau yakin projek tersebut dapat dilancarkan tahun ini. TNB telah membuat beberapa permohonan yang perlu dihalusi oleh kerajaan negeri terlebih dahulu. Selepas semuanya disusun atur, mereka akan mengumumkan tarikh pelancarannya.



Walaupun TNB merupakan salah satu penyedia perkhidmatan di dalam projek NFCP, mereka bukanlah pihak yang akan menawarkan pakej internet kepada pengguna. Dalam projek rintis di Jasin, penyedia perkhidmatan internet seperti Astro, Celcom, Digi, Maxis, TIME dan beberapa lagi menawarkan pakej internet kepada pengguna, melalui perkhidmatan yang disediakan TNB. Pelan internet ditawarkan dari serendah RM79 untuk kelajuan 50Mbps sehingga RM199 bagi kelajuan 1Gbps.

Pelan internet di Jasin, oleh City Broadband

Sumber: The Star

Tags: PerakTNB
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Perak mahu jadi pertama laksana NFCP, Internet berkelajuan tinggi di pedalaman

Perak mahu jadi pertama laksana NFCP, Internet berkelajuan tinggi di pedalaman

4 July 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN