fbpx

Tangguhkan pembelian anda di Lazada sehingga 12 Julai

Buat kaki shopping online, anda seharusnya sudah tahu bahawa Lazada akan mengadakan acara jualan pertengahan tahun, Lazada Mid-Year Festival pada hari Jumaat depan, 12 Julai 2019. Selama 24 jam, orang ramai boleh mendapat diskaun sehingga 50% membeli-belah di Lazada Malaysia.

Untuk memeriahkan lagi jualan kali ini, Lazada mengadakan pelbagai acara menuju ke 12 Julai 2019. Antaranya Guess IT livestream gameshow, tempahan awal Chup Dulu, jaminan harga terendah dan Big Baby Fair.

Guess IT livestream gameshow (1 – 12 Julai)

Menampilkan pelbagai selebriti tempatan seperti Aiman Tino, Harris Baba, Sharifah Sakinah, Sean Lee, Jordan Yeoh, Sherry Alhadad, Nabil Aqil, Shu Faye dan Theeban G yang menjadi hos rancangan livestream di dalam aplikasi Lazada. Pengguna boleh menyertai permainan ini pada masa yang ditetapkan, dan meneka harga barangan yang dipaparkan untuk mengumpul mata dan pelbagai hadiah.

Permainan ini akan diadakan setiap hari dari 1 hingga 12 Julai 2019, pada pukul 12pm, 1pm, 7pm, 8pm, 9pm dan 10pm.

Chup Dulu (29 Jun – 11 Julai)

Harga paling luar biasa ditawarkan dalam produk yang tersenarai di dalam Chup Dulu. Tetapi pengguna perlu membuat tempahan awal, dan membayar deposit 10% yang tidak akan dipulangkan, selewatnya pada 11 Julai 2019. Kemudian pada 12 Julai, bayar baki dan barangan tersebut akan dihantar ke pembeli.

Antara produk menarik yang ditawarkan dalam Chup Dulu adalah TV Pintar Coocaa yang baru dilancarkan di Malaysia. Semak tawaran penuhnya di sini.

Jaminan Harga Terendah (12 Julai)

Lazada akan menawar pelbagai produk dengan jaminan harga terendah di LazMall pada 12 Julai 2019. Jika anda berjumpa harga yang lebih rendah di stor online lain, Lazada akan membayar dua kali harga perbezannya.

BACA  Amerika beri 90 hari lagi penangguhan sekatan kepada Huawei

Big Baby Fair (12-16 Julai)

Pengunjung Lazada boleh mendapatkan penjimatan sehingga 80%, tawaran RM1 dan baucer berjumlah lebih RM100,000 untuk lampin, susu, kereta sorong, permainan dan banyak lagi.

Di samping itu, Lazada juga bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga untuk menyediakan tawaran tambahan seperti Burger King RM5, diskaun tiket penerbangan Malaysia Airlines, cahsback Mastercard dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk menyimpan barangan yang anda mahu beli di Lazada di dalam cart, dan bersiap sedia untuk membayar pada 12 Julai nanti. Maklumat lanjut tentang acara jualan ini boleh dilayari di sini.