• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T mula dijual di kedai Mi Store bermula Sabtu ini

  • OLEH Najib
  • 11:19 am
  • 05/07/2019
  • Komen
Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dapat dinafikan, populariti Mi 9T memuncak di Malaysia dek harganya yang sangat berbaloi bila dibandingkan dengan spesifikasi yang diberikan. Awalnya, ia hanya dijual di Lazada tetapi bermula esok, orang ramai boleh mendapatkannya di Mi Store.

Lebih baik lagi, Mi Store turut menawarkan Mi 9T dengan storan lebih besar 128GB, yang dijual pada harga RM1,399. Bagi Mi 9T 64GB, ia berharga RM1,199 di Malaysia. Senarai Mi Store boleh dirujuk di sini.



Mi 9T merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan kuasa Snapdraon 730 dan RAM 6GB. Ia memilki skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+ tanpa takuk dan lubang.

Kamera hadapannya tersimpan di dalam modul pop-up boleh sembunyi. Ia menggunakan sensor 20MP. Manakala kamera belakang memggabungkan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP 117-darjah dan kamera telefoto 8MP 2x zum optikal.



Bateri sebesar 4,000mAh terdapat di dalam Mi 9T dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Telefon ini juga masih ada jek audio 3.5mm.

Jika anda mahu mendapatkan tempoh jaminan lebih panjang, Lazada kini menawarkan Mi 9T 64GB bersama Lazada Care Plus yang memanjangkan jaminan ke 2 tahun dan perlindungan setahun untuk kerosakan tidak sengaja percuma. Tetapi deposit RM119.90 perlu dibuat sebelum 11 Julai dan baki bayaran pada 12 Julai 2019. Segera ke Lazada untuk mendapatkan tawaran ini.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, tonton beberapa video kami yang bercakap tentang Mi 9T di bawah ini.

Tags: Mi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Lazada jual Mi 9T dengan 2 tahun jaminan dan perlindungan tambahan

Mi 9T mula dijual di kedai Mi Store bermula Sabtu ini

5 July 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN