• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perniagaan Katrij Pencetak Tiruan Adalah Sesuatu Yang Menguntungkan Menurut HP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:36 pm
  • 08/07/2019
  • Komen
Perniagaan Katrij Pencetak Tiruan Adalah Sesuatu Yang Menguntungkan Menurut HP
Share on FacebookShare on Twitter

HP kini sedang giat memerangi masalah pengedaran katrij tiruan yang bukan saja merosakkan imej mereka sebagai pengeluar pencetak terulung, malah membahayakan pengguna. Dalam program HP Anti-Counterfeiting and Fraud (ACF) yang dijalan mereka, sejumlah produk tiruan bernilai USD 7.2 juta (RM 9.1 juta) telah dirampas hanya dalam wilayah Asia Tenggara.

Sepanjang program itu berjalan, sebanyak 17 serbuan dan 5 penahanan telah berlaku yang melibatkan rampasan produk seperti katrij, label, dan kelengkapan pembukusan.



Dalam konteks yang lebih besar, kajian ada melaporkan yang masalah produk dakwat tiruan ini telah menjarah sekitar USD 3.5 billion nilai pasaran. Tidak hairanlah HP sedaya upaya untuk melindungi pasaran itu daripada dimusnahkan “anai-anai” ini.

Menggunakan barangan mencetak tiruan boleh memberikan risiko yang serius. Bukan sahaja ia tidak dilindungi jaminan rasmi, ia juga boleh menyebabkan kerugian dan juga kegendalaan terhadap apa saja yang anda lakukan, baik pada individu ataupun pengoperasian syarikat besar.



Selain daripada langkah membendung yang sedang dijalankan HP, pengguna turut boleh melindungi diri sendiri daripada menjadi mangsa penipuan. Contohnya, HP ada menyediakan servis Customer Delivery Inspection (CDI) yang memastikan barangan yang diterima mereka bebas penipuan.

HP turut mengingatkan pengguna mereka untuk hanya mendapatkan kelengkapan mencetak daripada pengedar yang bertauliah sahaja.

Sumer: Gambar Pemuka

Tags: hppencetak
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Perniagaan Katrij Pencetak Tiruan Adalah Sesuatu Yang Menguntungkan Menurut HP

Perniagaan Katrij Pencetak Tiruan Adalah Sesuatu Yang Menguntungkan Menurut HP

8 July 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN