• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakar swafoto Xiaomi CC9 sudah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:28 am
  • 09/07/2019
  • Komen
Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Xiaomi CC9 baru dilancarkan di China minggu lepas, menampilkan telefon pintar mampu milik dengan fokus utama kepada kamera swafoto. Jika anda berminat memilikinya, ia kini telah dijual oleh Mobile 2 Go di Malaysia.

Mobile 2 Go menawarkan dua jenis Xiaomi CC9, satu dengan RAM 6GB dan storan 64GB berharga RM1,298 dan satu lagi dengan RAM 6GB dan storan 128GB berharga RM1,598. Unit ini merupakan set import dari China dan untuk peringatan, masih tiada versi Global ditawarkan.



Unit yang ditawarkan ini dijamin oleh Mobile 2 Go selama 2 tahun, bukan dari Xiaomi sendiri. Buat masa ini, stok Xiaomi CC9 hanya terdapat di cawangan utama mereka di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Xiaomi CC9 menampilkan kamera hadapan 32MP, yang terdapat di dalam takuk kecil. Kamera belakangnya pula ada tiga, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP.



Skrinnya dari jenis AMOLED, berukuran 6.39-inci bertakuk kecil dengan resolusi HD Penuh+. Di dalam, ia dikuasakan pemproses Snapdragon 710 bersama RAM 6GB dan storan antara 64GB dan 128GB. Bateri di dalamnya sebesar 4,030mAh dan dicas melalui USB-C.

Menariknya, telefon ini masih mengekalkan slot kad mikroSD, jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah.

Sumber: Mobile 2 Go

Tags: Mobile 2 Goxiaomixiaomi cc9
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Mi CC9 Diumumkan Dengan Specs Kamera Yang Mantap

Pakar swafoto Xiaomi CC9 sudah tiba di Malaysia

9 Julai 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER