fbpx

Setahun internet percuma untuk 10 pelanggan Celcom Home Wireless yang bertuah

Sebanyak 10 pelanggan Celcom berpeluang memenangi internet percuma selama setahun hanya dengan melanggan pelan Celcom Home Wireless. Celcom Home Wireless memberikan pengalaman jalur lebar di rumah tanpa wayar dengan bayaran dari serendah RM70/bulan.

Celcom kini menjalankan kempen internet percuma 1-tahun apabila mana-mana pelanggan pascabayar Celcom dan prabayar Xpax, mendaftar pakej Celcom Home Wireless di dalam talian iaitu Celcom Online Shop. Pendaftaran di BlueCube dan wakil pengedar tidak diterima.

Pendaftaran juga perlu dibuat di antara 11 Julai sehingga 9 Ogos sahaja. Setiap minggu selama 4 minggu, 2 orang pelanggan akan dipilih secara rawak sebagai pemenang hadiah internet selama 1-tahun. Tetapi pada minggu keempat iaitu yang terakhir, 4 orang pemenang akan dipilih.

Bermakna, 10 orang pelanggan baru Celcom Home Wireless berpeluang memenangi hadiah berupa langganan internet percuma selama setahun. Hadiah akan menuruti pelan yang dilanggan.

Celcom Home Wireless menyediakan sambungan 4G LTE di rumah, menerusi modem 4G LTE yang diberikan bersama kontrak selama 24 bulan. Modem ini boleh menghubungkan sehingga 64 peranti untuk mendapatkan internet.

Terdapat tiga jenis pelan Celcom Home Wireless yang disediakan iaitu pelan Gold 25GB RM70/bulan, Gold Plus 50GB RM100/bulan dan Platinum 150 RM150/bulan. Pelan ini turut memberi data tambahan dalam bentuk Video Walla dan Music Wall, membolehkan strim video dan muzik seperti YouTube, Netflix dan Joox, tanpa memakan data utama.

Sebelum mendaftar pelan Celcom Home Wireless, anda disyorkan untuk menyemak dulu liputan Celcom di sini. Jika kurang berpuas hati, Celcom ada polisi pemulangan semula dalam masa 30-hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Celcom Home Wireless.

BACA  Shoelace, Medsos Terbaru Google Selepas Kegagalan Google+