• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei masih dalam senarai entiti tetapi sudah boleh berniaga di Amerika Syarikat

  • OLEH Najib
  • 8:06 pm
  • 11/07/2019
  • Komen
Huawei masih dalam senarai entiti tetapi sudah boleh berniaga di Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei disekat dari berurusniaga dengan syarikat di Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mei. Kemudian pada akhir bulan lepas, Presiden Trump membenarkan semula urusniaga ini selepas bertemu Presiden Xi Jinping di Sidang Kemuncak G20. Tetapi penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow menerangkan sekatan itu masih belum ditarik, membuatkan orang ramai keliru.

Kenyataan terbaru dari Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross memberi sedikit pencerahan tentang kemelut yang melanda Huawei ini. Menurut beliau, Huawei masih tergolong dalam senarai entiti atau senarai hitam syarikat yang dilarang berurusniaga. Tetapi, Huawei boleh berurusniaga dengan syarikat yang telah mendapat lesen kebenaran, di mana tiada ancaman keselamatan kepada negara.



Tambah Ross lagi, AS akan mula mengeluarkan lesen kebenaran kepada syarikat yang memohon tidak lama lagi. Walaupun kelonggaran ini telah diberikan, tetapi syarikat yang berurusan dengan Huawei tidak harus menggadaikan harta intelek atau rahsia perniagaan mereka sebagai timbal balik untuk memasuki pasaran yang berkembang pesat dengan mudah.

Larry Kudlow dalam satu temuramah dengan Financial Times minggu ini berkata, kelonggaran ini diberikan kepada Huawei dan syarikat yang berurusniaga, untuk waktu terhad. Beliau tidak mengesahkan sehingga bila, memberi petunjuk yang sekatan penuh masih boleh dilaksanakan bila-bila masa.



Ia mungkin berkaitan dengan rundingan perniagaan antara AS dan China yang masih berjalan di mana Huawei dilihat sebagai batu loncatan buat AS, untuk memaksa China menurut rentak langkah mereka. China pula tidak tunduk dengan mudah, memberi petunjuk kepada AS bahawa mereka juga boleh mengambil tindakan yang sama terhadap mana-mana syarikat AS yang berurusan di China.

Sumber: Financial Times, Forbes

Tags: amerika syarikatHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Huawei masih dalam senarai entiti tetapi sudah boleh berniaga di Amerika Syarikat

Huawei masih dalam senarai entiti tetapi sudah boleh berniaga di Amerika Syarikat

11 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER