• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Ada Speaker Google? Ia Mungkin Sedang Dengar Perbualan Intim Anda Tanpa Disedari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:22 pm
  • 12/07/2019
  • Komen
Anda Ada Speaker Google? Ia Mungkin Sedang Dengar Perbualan Intim Anda Tanpa Disedari
Share on FacebookShare on Twitter

Speaker pintar Google adalah barisan produk yang dipasarkan sebagai pembantu maya. Ia boleh menerima arahan suara dan menjawab pertanyaan anda dengan merujuk sumber Internet. Anda tentu teruja mendengar speaker bertutur dalam bahasa anda. Tapi pernahkah anda terfikir, siapa yang melatih Google Assistant?

Dalam satu pendedahan mengejut portal berita dari Belanda, mereka melaporkan yang Google mensumberluarkan beberapa proses melatih rangkaian neural disebalik Google Assistant.



Hal itu bermakna, ada kontraktor yang diupah Google, hanya untuk mendengar sampel petikan suara arahan yang anda berikan kepada speaker pintar dan mentranskribkannya dalam bentuk teks untuk disuap pada rangkaian neural Google.

Salah seorang daripada kontraktor itu bersetuju untuk ditemuramah dan berkongsi pengalamannya bertugas dengan vrtNWS. Masalah timbul apabila speaker diaktifkan tanpa sengaja, mungkin kerana tahap mengesan frasa “Hey Google” yang rendah.



Hasilnya, kadang kala terdapat rakaman suara secara rambang berlaku tanpa pengguna sedari. Dia juga menambah, walaupun semua maklumat bertulis tentang sumber audio sudah dibuang, tapi dia boleh mendengar dengan jelas maklumat-maklumat sensitif dan berpotensi digunakan untuk tujuan tidak baik.

Bagaimana menghalang speaker menghantar salinan audio ke server Google?

Tidaklah diketahui sama ada berkesan atau tidak, tapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba. Dalam ruang My Account Google, anda boleh matikan fungsi Voice & Audio Activity.

Sumber: vrtNWS

Tags: Googlegoogle home
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda Ada Speaker Google? Ia Mungkin Sedang Dengar Perbualan Intim Anda Tanpa Disedari

Anda Ada Speaker Google? Ia Mungkin Sedang Dengar Perbualan Intim Anda Tanpa Disedari

12 July 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN