fbpx

Galaxy Watch Active2 Mungkin Akan Temani Note10 Pada Hari Pelancarannya

Galaxy Watch Active yang asal dilancarkan bersama-sama siri Galaxy S10 awal tahun ini. Belumpun sampai setahun, Samsung dijangka bakal memperkenal edisi keduanya yang lebih kepada Watch Active1.5.

Mana taknya, tak sampai setahun pun pelancarkan, anda tak boleh harapkan perubahan saujana pada produk ini. Contohnya, daripada iklan Watch Active2 yang terbocor di Internet, rupa fizikalnya masih sama seperti sebelumnya.

Khabar angin bertiup kencang yang ia akan diperkenalkan bersama-sama Galaxy Note generasi baru tak lama lagi.

Sungguhpun tiada maklumat specs, ia berkemungkinan besar masih mengekalkan penggunaan tali 20mm seperti sebelumnya dan dikuasakan SoC Exynos 9110 bersama-sama RAM 768 dan storan dalaman 4GB.

Beberapa ciri menarik Watch Active asal yang pastinya akan diwarisi ataupun ditambah baik pada Watch Active2 adalah seperti:

  • Bluetooth 4.2
  • WiFi n
  • NFC
  • GPS
  • Ketahanan berpiawaian tentera MIL-STD-810G
  • Kekalisan air 5ATM

Jika semua komponen asal dikekalkan terutamanya pada harga, jam tangan ini pastinya akan jadi antara gajet termurah yang menyokong Samsung Pay. Galaxy Watch Active yang asal kini sedang dijual pada harga RM799 seutas.

Sumber: @evleaks, Android Headlines

BACA  Apple akan adakan acara khas pada 2 Disember