Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

PKP dijangka ditamatkan pada 14 April, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

MiFi Roaming Man Boleh Sambung Ke Isyarat 4G Terkuat Tanpa Mengira Telco

Biasanya kita akan cari Roaming Man bila kita keluar negara dan ingin kekal berkongsi, tapi kali ini ROaming Man menyediakan servis broadband mudah alih untuk kegunaan tempatan dan ia agak unik. Peranti yang disertakan bersama Roaming Man bebas telco dan akan bersambung kepada mana-mana isyarat terkuat yang diterimanya.

Hal ini bermaknya, tidak kiralah anda berada di mana, anda akan terima sambungan Internet 4G yang terpantas mampu disambungkannya. Menurut Roaming Man, mereka ada menjalinkan kerjasama dengan empat telco utama negara.

Mereka menyediakan servis ini dalam tiga pakej, bergantung pada kuota Internet yang anda terima. Mereka ialah:

  • 30GB/bulan – RM65
  • 60GB/bulan – RM110
  • 120GB/3 bulan – RM280

Peranti yang disediakan Roaming Man dikuasakan bateri dan boleh berhubung dengan 5 buah klien sekali gus. Sungguhpun tiada kontrak untuk ditanda tangan, anda perlu membayar wang deposit RM200 yang akan dikembalikan bila anda memulangkan MiFi selepas anda selesai menggunakannya.

Roaming Man terkenal dengan penawaran Internet untuk yang ber-roaming keluar negara.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  1GB Percuma PKP: Pengguna Celcom terima secara automatik, tidak perlu tebus atau daftar