• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 15/07/2019
  • Komen
Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan Huawei Mate 30 masih jauh, dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober akan datang. Tetapi sudah banyak berita terbocor berkaitan, seperti rekabentuk kamera belakang yang menampilkan modul kamera bulat dan empat segi.

Kini datang pula berita terbocor baru, kali ini tentang rupa hadapannya. Berita dari weibo ini mengatakan ia adalah skrin Huawei Mate 30 Pro dan ia masih memiliki takuk.



Tebal takuk ini dilihat lebih nipis, dan ia memiliki 6 lubang padanya. Ia pastinya digunakan untuk komponen seperti kamera depan, pembesar suara dan perkakas pengecaman wajah 3D yang lebih efisyen.

Gambar ini juga menunjukkan dengan jelas, kaca melengkung di kedua-dua sisi. Ciri-ciri ini nampaknya masih tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di Mate 20 Pro.



Tetapi jika ia benar, Mate 30 Pro dilihat seperti tidak berinovasi kerana masih mengekalkan rekaan takuk. Sedangkan sudah banyak model Huawei lain tampil dengan rekaan takuk kecil serta lubang di skrin seperti siri Nova 5, untuk memuatkan kamera hadapan.

Cuma, adakah ini satu perkara yang sengaja dihebohkan secara bersiri untuk menarik minat orang ramai terhadap kedatangan Mate 30 Pro. Mungkin tidak lama lagi kita akan dihidangkan dengan gambar terbocor dengan rekaan tanpa takuk pula.

Masih ada banyak masa lagi untuk Huawei Mate 30 memandangkan ia akan dilancarkan pada bulan Oktober. Mate 30 Pro dijangka datang dengan skrin OLED QHD+ 6.71-inci, pemproses Kirin 985, modem Balong 5000 bersama bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 55W. Pengecas wayarles berbalik juga dikatakan akan datang bersama.

Sumber: GSMArena, weibo

Tags: HuaweiMate 30
Najib

Najib

POPULAR

Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro

Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro

15 July 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN