• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM belanja lebih RM12 juta dalam program tidak berkaitan, lapor ketua audit negara

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 16/07/2019
  • Komen
RM2.32 juta kompaun dikenakan kepada telko Malaysia tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati membelanjakan lebih RM12 juta sepanjang tempoh 2 tahun, dalam projek khas yang tidak berkaitan dengan tugasannya. Perkara ini dilaporkan dalm Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1 yang dikeluarkan semalam.

Tempoh 2 tahun ini berlaku di antara tahun 2016 sehingga April 2018, sebulan sebelum Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14). Perbelanjaan Kumpulan Wang SKMM ini dilihat, diurus secara tidak cekap dan berkesan.



Antara projek yang dilihat tidak termasuk di bawah portfolio SKMM untuk memantau dan mengawal selia industri komunikasi Malaysia termasuk mendapatkan sistem analisis big data yang dikenali sebagai MyInsight, yang menelan kos sebanyak RM4.75 juta, yang dibeli seminggu lebih awal dari PRU14.

Selain itu, SKMM turut membeli 50,000 naskah buku mengenai Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak, pada Februari tahun lepas untuk didermakan, serta arahan menteri untuk menggunakan RM104,679 dalam analisis ramalan untuk pilihan raya kecil Sungai Besar pada pertengahan 2016.



Gambar Malaysiakini, PRK Sungai Besar 2016

Laporan itu juga mengetengahkan perbelanjaan projek termasuk menyalurkan dana ke agensi kerajaan yang lain di bawah arahan menteri, di mana prosedur SKMM tidak memerlukan kebenaran dari Anggota Suruhanjaya bagi meluluskan projek khas tersebut.

Sehingga 31 Januari, SKMM didapati hanya menyalurkan dana tetapi tidak memantau pelaksanaan projek tersebut. Prosedur dan panduan untuk menyalurkan dana ke pihak ketiga juga masih belum dimuktamadkan. Laporan itu turut menyatakan, alasan membenarkan perbelanjaan tanggungjawab sosial korporat menteri tidak dinyatakan dengan jelas.

SKMM menyatakan, semua perbelanjaan tanggungjawab sosial korporat menteri telah dihentikan dan tiada dana baru disediakan di dalam perbelanjaan SKMM untuk tujuan tersebut. Mereka juga meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi 1998 bagi membatalkan kuasa menteri memberi arahan kepada SKMM.

Laporan penuh LKAN 2018 Siri 1 ini boleh dimuat turun di sini.

Sumber: Malay Mail

Tags: Audit NegaraSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
RM2.32 juta kompaun dikenakan kepada telko Malaysia tahun ini

SKMM belanja lebih RM12 juta dalam program tidak berkaitan, lapor ketua audit negara

16 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER