• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple menyambut Hari Emoji dengan perkenal beberapa emoji baru yang akan datang

  • OLEH Najib
  • 1:48 pm
  • 17/07/2019
  • Komen
Apple menyambut Hari Emoji dengan perkenal beberapa emoji baru yang akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara menarik ketika berbual di aplikasi permesejan ialah penggunaan emoji. Jika anda tidak tahu, Hari Emoji disambut pada 17 Julai setiap tahun iaitu hari ini. Bersempena itu, Apple dan Google berkongsi beberapa bentuk emoji baru yang akan datang ke sistem operasi mereka tidak lama lagi.

Senarai emoji rasmi diuruskan oleh kumpulan Unicode Consortium. Orang ramai yang mahu menambah emoji baru, boleh menghantar permohonan kepada mereka. Tahun ini, emoji baru yang diluluskan terkandung di dalam pek Unicode 12.0.



Apple tahun lepas telah menghantar cadangan untuk emoji baru, dan beberapa darinya telah diluluskan. Antaranya ialah emoji berpegang tangan. Ia kini datang dalam bentuk pelbagai pasangan, berbeza jantina dan warna kulit. Terdapat lebih 75 emoji untuk berpegang tangan ini.

Selain itu, Apple juga mencadangkan emoji bertemakan orang kelainan upaya dengan lebih banyak. Antara yang diluluskan untuk kegunaan rasmi tahun ini ialah alat bantu pendengaran, tangan dan kaki prostetik serta pilihan kerusi roda berbeza.



Seperti biasa, beberapa binatang dan tumbuhan baru turut ditambah dalam koleksi emoji tahun ni seperti orang utan, kong kang, burung flamingo dan skunk. Terdapat juga tambahan makanan seperti waffle, falafel, mentega dan bawang.

Beberapa pakaian baru juga ada antaranya baju mandi, sari, baju keselamatan serta payung terjun.

Tetapi satu emoji yang kelihatan akan melonjak populariti dan banyak digunakan nanti ialah emoji ini. Menguap.

Semua emoji baru ini akan datang menerusi kemaskini perisian di iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch pada hujung tahun ini. Untuk Android pula, ia dikhabarkan akan datang bersama sistem operasi Android Q.

Sumber: Engadget, Apple

Tags: appleEmojiGoogle
Najib

Najib

POPULAR

Apple menyambut Hari Emoji dengan perkenal beberapa emoji baru yang akan datang

Apple menyambut Hari Emoji dengan perkenal beberapa emoji baru yang akan datang

17 July 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN