fbpx

Redmi 7A Versi Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM399

Seperti yang kami laporkan minggu sudah, Shopee ada menjual Redmi 7A pada harga kurang daripada RM500. Tapi perlu diingatkan yang ia adalah set global. Jika anda inginkan set rasmi Malaysia, anda boleh belinya bermula hari ini pada harga bermula RM399.

Redmi 7A adalah telefon kelas bajet daripada Xiaomi yang ada ciri-ciri asas lengkap untuk anda kekal releven dalam era ini. Ia dikuaskaan SoC Snapdragon 439 yang lebih baru dengan RAM 2GB serta storan sehinggs 32GB yang boleh diperluas melalui slot hibird.

Di bahagian muka, ia ada panel paparan HD+ sebesar 5.45″ tanpa takuk tapi bingkai di bahagian dahi dan dagunya sedikit besar, macam telefon tahun 2018. Kemasa badannya agak menarik dan miliki tahap estetika yang tinggi.

Beralih ke jabatan pengimejan, anda boleh ambil gambar menggunakan kamera 12MP dan untuk swafoto, kamera 5MP boleh digunakan. Menariknya telefon ini adalah ia diberikan bateri yang agak besar iaitu 4,000mAh dengan pengecasan 10W.

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Redmi 7A, ia hadir dalam dua warna iaitu Matte Blue dan Matte Black. Untuk RM399, anda boleh dapatkan yang ada RAM 2GB dan storan 16GB manakala untuk storan 32GB, ia dijual pada harga RM439.

Sekiranya anda ingin beli secara dalam talian, hanya varian storan 16GB akan ditawarkan di dua platform e-commerce iaitu Shopee bermula 22 Julai dan Lazada bermula 26 Julai.

BACA  Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran