• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note 10 cecah markah lebih tinggi dari tertinggi di Geekbench

  • OLEH Najib
  • 8:08 pm
  • 17/07/2019
  • Komen
Galaxy Note 10 cecah markah lebih tinggi dari tertinggi di Geekbench
Share on FacebookShare on Twitter

Telah banyak maklumat tersebar berkenaan Galaxy Note 10 sehingga boleh dirumuskan, tiada apa lagi yang tidak diketahui tentangnya. Rupa fizikal dan spesifikasinya mungkin boleh didedahkan, tetapi pengalaman penggunaan hanya boleh diketahui bila digunakan.

Sebagai contoh, prestasi pemproses serba baru di Galaxy Note 10. Pembocor berita Ice Universe baru-baru ini berkongsi tentang markah ujian tanda aras Geekbench, yang dijalankan oleh Galaxy Note 10, menggunakan pemproses Samsung Exynos 9825 yang baru.



Galaxy Note10 Geekbench
Exynos 9825! pic.twitter.com/ISIfpFsN5y

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 16, 2019

Untuk ujian teras tunggal, ia mendapat markah 4,495 dan teras pelbagai pula, 10,223 markah. Markah teras tunggal ini lebih tinggi daripada senarai rasmi yang dipaparkan oleh Geekbench sekarang.

Geekbench menyenaraikan Galaxy S10 berkuasa Exynos 9820 berada di tangga teratas ujian teras tunggal iaitu 4,289. Menariknya, tiga tangga teratas adalah peranti berkuasa Exynos 9820, manakala tangga keempat ialah Galaxy Note9 dengan Exynos 9810.



Peranti berkuasa Snapdragon 855 tersenarai dengan markah sekitar 3,428 ke 3,354 dan diikuti oleh Mate 20 Pro dengan pemproses Kirin 980.

Walaupun Galaxy Note 10 mempamerkan markah tertinggi, ia sebenarnya masih sedikit ketinggalan berbanding iPhone XS Max dengan kuasa Apple A12 yang beroleh markah 4,798.

Jika Samsung mengekalkan corak penjualan peranti flagship mereka, Galaxy Note 10 di Amerika Syarikat (AS) pasti akan dibekalkan pemproses Snapdragon 855. Galaxy Note 10 di luar AS pula akan menggunakan pemproses baru Exynos 9825 ini.

Adakah keyakinan anda terhadap pemproses Exynos kini lebih meningkat?

Sumber: Ice Universe

Tags: Galaxy Note 10Geekbenchsamsung
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Galaxy Note 10 cecah markah lebih tinggi dari tertinggi di Geekbench

Galaxy Note 10 cecah markah lebih tinggi dari tertinggi di Geekbench

17 July 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN