fbpx

Sony Tapau Kategori Full Frame Dengan a7R IV Yang Ada Sensor 61MP

Di kem Canon, kamera full frame yang miliki resolusi tertinggi ialah 5DsR dengan sensor 50.6MP. Untuk Nikon, mereka ada D850 menembak pada resolusi sehingga 45.7MP. Tapi, produk Sony ini ada 61MP pada sensor Full Frame. Dilihat pada specs Sony a7R IV, pengeluarnya dengan beraninya mencabar semua kamera flagship dalam kelasnya dan juga kelas medium format macam Fujifilm GFX.

Mengekalan fizikaliti daripada model sebelumnya, sensor pada a7R IV nyata dipertingkat dengan peningkatan bilangan piksel daripada 42.4MP kepada 61MP. Ia diterjemah kepada gambar yang lebih tajam.

Mereka masih menggunakan pemproses imej Bionz X yang memproses isyarat daripada sensor dengan julat kedinamikan sehingga 15 stop. Penstabil imej pula daripada jenis dalam badan dan boleh dipertingkat keupayaan apabila dipadankan dengan lensa yang turut ada penstabil imej optikal.

Selain sensor, yang ingin diketengahkan Sony pada produk baru ini adalah kekuasaan sistem autofokusnya. Ada beberapa mode penjejak yang boleh digunakan seperti Real-time Face AF, Realtime Eye AF, dan juga Real-Time Eye AF untuk haiwan.

Sumber

Perubahan fizikal yang boleh dilihat adalah pada bahagian slot kad memori. Kedua-duanya kini menyokong UHS II. Pelindung jek pula kini adalah flap plastik yang lebih teguh, dan bukan lagi flap getah yang renyah.

Sony a7R IV akan mula dijual sekitar September 2019 ini pada harga bermula USD3,500 (RM14,392) untuk perbandingan, a7R III anda boleh dapatkan pada harga bermula RM12,499.

Sumber: Alpha Universe

BACA  Xperia 1 ditemui di SIRIM. Sony Mobile mahu kembali ke Malaysia?