Seperti biasa, netizen memang gemarkan benda-benda cabaran. Dulu kita ada #10YearChallenge dan kini kita ada FaceApp. Anda masih tak nampak perkaitannya? Dulu anda muat naik gambar perbezaan wajah berjarak 10 tahun kononya nak tunjukkan apa pencapaian anda selama itu, sekarang AI akan tolong “tua”-kan anda meggunakan magis pengkomputeran.
Nampaknya wayang yang sama berulang lagi. Teori saya adalah FaceApp Inc. telah mengekstrak semua data yang anda taburkan secara percuma di alam maya untuk melatih AI-nya dan seterusnya mengujinya secara percuma keatas anda.
When you don’t need no stinking #faceapp to know you gonna be cute at 83!! ???????????????? ? #meetthepeetes @DoloresRobinson pic.twitter.com/2kbkhK999G
— Holly?Robinson?Peete (@hollyrpeete) July 17, 2019
Untuk anda yang tertinggal bas, FaceApp adalah APP yang boleh anda muat turun di Android dan iOS. Ia mengubah wajah anda, secara digital, menjadi tua menggunakan rangkaian neural yang canggih. Disebabkan pemprosesan imej dilakukan di luar telefon ataupun di pelayan cloud, gambar anda akan berpindah daripada telefon ke pihak ketiga untuk disunting.
Apabila ada salinan digital gambar anda di pihak ketiga, adakah anda yakin yang FaceApp akan “tua”-kan anda semata-mata ataupun mereka akam ambil kesempatan mengekstrak data lain untuk disuap pada AI?
Itu baru satu kegusaran, ada banyak lagi yang perlu anda ambil tahu. Maka, anda perlu sedar yang sekiranya ada perkhidmatan percuma yang viral, maka adalah “pengeras”-nya. Tak percaya? Saya buktikan di laman seterusnya.
[nextpage title=”Anda Bekalkan Mereka Dengan Data Percuma”]
Yang pertama, cuba anda pergi ke laman rasmi FaceApp dan pergi ke polisi kerahsiaan mereka yang bertarikh 20 Januari 2017. Anda tak pelikkah, sekarang dah tahun 2019 dan polisi mereka tak dikemas kini?
Kemudian pergi ke perkara 1, perenggan 3. Amati klausa:
User Content (e.g., photos and other materials) that you post through the Service.
Asasnya anda ingin ubah wajah anda jadi lebih tua bukan? Sepatutnya anda hanya perlu kongsikan gambar kepada APP FaceApp, tapi kenapa ada frasa “photo and other materials“?
That Faceapp face-aging thing?
— Bob Cesca (@bobcesca_go) July 17, 2019
-Requires your Facebook login
-receives your name, profile picture, photos and email address via FB
-The company’s privacy policy ambiguously states how it can share data with its “Affiliates”
-The company is based in St. Petersburg, Russia 1/3
Apabila anda berurusan dengan dokumen perundangan, polisi kerahsiaan misalnya, apabila anda berdepan dengan perkataan “other”, anda perlu ketahui yang ia adalah kekaburan yang mungkin sengaja ditanam untuk menghalalkan apa-apa benda haram yang sedang dan bakal pihak sana lakukan.
Apakah jenis “other material” yang mereka kumpul?
- laman web yang anda lawati
- add-on
- lain-lain maklumat yang boleh membantu menambah baik perkhidmatan.
Itu dia, “other” yang kedua telah muncul.
Apa yang mereka akan buat dengan data anda?
Ia terkandung dalam perkara 3 polisi. Dalam perenggan 1, mereka menyatakan yang data anda tidak akan dijual tanpa kebenaran anda KECUALI dengan pihak yang dinyatakan dalam polisi ini.
Siapakah pihak yang dinyatakan dalam polisi? Sekali lagi teknik kekaburan digunakan. Mereka gunakan klausa “organisasi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang disertai FaceApp”. Maknanya, anda takkan tahu siapakah organisasi ketiga yang beroleh akses kepada data anda.
Kemudian pergi ke perkara 6 pula. Mereka nyatakan yang FaceApp tidak bertanggung jawab terhadap bagaimana data yang digunakan pihak lain. Jika saya berniat jahat, saya boleh wujudkan satu syarikat baru yang “tiada” kaitan dengan FaceApp dan gunakan data anda kerana syarikat baru saya tidak ditambat pada polisi ini.
Kesimpulan
Saya bukanlah menghalang anda daripada menggunakan FaceApp, tapi saya sarankan anda memahami sepenuhnya risiko yang anda bakal hadapi apabila menggunakannya. Apabila kita sudah memahami risiko, barulah tindakan yang kita ambil itu bermaklumat dan bukannya sekadar “ikut orang” atau “ikut trend” semasa.