• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan biarkan orang lain guna akaun bank dan kad ATM anda, ia mungkin bawa padah

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 18/07/2019
  • Komen
Jangan biarkan orang lain guna akaun bank dan kad ATM anda, ia mungkin bawa padah
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin anda pernah ditanya seseorang yang menawarkan anda ganjaran atau hadiah bagi meminjam akaun bank atau kad ATM anda. Tetapi jangan, lebih-lebih lagi orang yang tak berapa dikenali. Ini kerana anda mungkin dipergunakan sebagai keldai akaun.

Aktiviti keldai akaun atau meminjam akaun bank untuk urusan transaksi perbankan mungkin membawa masalah kepada anda dan menyalahi undang-undang. Ini kerana ada yang menggunakan cara ini sebagai proksi atau orang tengah untuk mereka membuat urusan yang tidak sah di sisi undang-undang.



Menurut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM), aktiviti penipuan keldai akaun adalah operasi sindiket baru yang menggunakan akaun bank seseorang untuk menerima dan menghantar wang, bagi megelakkan dari dikesan pihak berkuasa. Jika anda ditangkap, anda boleh didakwa kerana membantu aktiviti jenayah.

Awal tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 145 individu yang disyaki membenarkan akaun bank mereka digunakan sebagai keldai akaun sejak 10 Disember 2018. Dilaporkan kebanyakan mereka ini terdiri dari pelajar, pesara serta penagih dadah. Mereka berkenalan dengan individu yang tidak dikenali di media sosial dan ditawarkan ganjaran dan wang tunai atau atas alasan cinta.



Dalam sesetangah kes, ada pembeli dalam talian yang ditipu dengan memasukkan wang ke dalam akaun orang lain tanpa pengetahuan pemilik akaun tersebut.

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak tertipu dengan tipu daya dan helah sebegini serta sebarang tawaran yang meragukan. Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika bertemu keadaan sebegini.

Tags: Keldai Akaunpenipuan
Najib

Najib

POPULAR

Jangan biarkan orang lain guna akaun bank dan kad ATM anda, ia mungkin bawa padah

Jangan biarkan orang lain guna akaun bank dan kad ATM anda, ia mungkin bawa padah

18 July 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN