• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM beri kerjasama penuh kepada SPRM jalan siasatan salah laku

  • OLEH Najib
  • 2:58 pm
  • 18/07/2019
  • Komen
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Awal minggu ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2018 Siri 1 berhubung pengurusan dana Kumpulan Wang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), menemui banyak perbelanjaan oleh SKMM yang tidak berkaitan dengan bidang tugasannya.

Antaranya kelulusan projek-projek atas arahan Menteri terdahulu, tidak dilaksanakan secara telus kerana dana telah diluluskan tanpa asas yang jelas. Ini menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tidak menepati keperluan yang ditetapkan oleh Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.



LKAN 2018 Siri 1 boleh dimuat turun di sini.

Menurut SKMM, di bawah kepimpinan baharu Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, SKMM telah melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan tatacara dan tadbir urus sejak Mei tahun lalu, di antaranya:

  1. Menamatkan program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) bagi pihak Menteri dan peruntukan tersebut telah dipindahkan kepada perbelanjaan operasi SKMM.
  2. Mengemas kini garis panduan sedia ada mengenai had kuasa kewangan, bagi memastikan setiap kelulusan yang melibatkan kewangan SKMM diluluskan oleh pihak yang diberi kuasa dan mandat untuk memberikan kelulusan.
  3. Pembubaran jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk memberi kelulusan terhadap perkara-perkara yang berkait rapat dengan penggunaan dana daripada Kumpulan Wang SKMM, di mana perkara-perkara tersebut (tertakluk kepada had kuasa kewangan yang telah dikemaskinikan), akan dipanjangkan kepada Anggota Suruhanjaya untuk penilaian dan kelulusan.
  4. Menambah baik prosedur standard operasi (SOP) bagi sebarang kelulusan di mana setiap projek, isu berbangkit dan setiap perkara yang memerlukan kelulusan pihak pengurusan akan dibentangkan, dibincangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi SKMM sebelum dipanjangkan kepada Anggota Suruhanjaya.

SKMM juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku pegawai dan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan membantu sebarang proses siasatan yang dijalankan oleh SPRM kelak.



LKAN Tahun 2018 Siri 1 oleh Ketua Audit Negara menemui antaranya pembelian sistem analisis big data yang dikenali sebagai MyInsight, yang menelan kos sebanyak RM4.75, seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Selain itu, SKMM turut membeli 50,000 naskah buku mengenai Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak, pada Februari tahun lepas untuk didermakan, serta arahan menteri untuk menggunakan RM104,679 dalam analisis ramalan untuk pilihan raya kecil Sungai Besar pada pertengahan 2016.

Laporan penuh LKAN 2018 Siri 1 ini boleh dimuat turun di sini.

Tags: SKMMSPRM
Najib

Najib

POPULAR

3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC

SKMM beri kerjasama penuh kepada SPRM jalan siasatan salah laku

18 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN