• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo S1 dengan swafoto AI 32MP akan datang ke Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 19/07/2019
  • Komen
Vivo S1 dengan swafoto AI 32MP akan datang ke Malaysia minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berkongsi beberapa petunjuk, akhirnya Vivo Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran Vivo S1 di Malaysia. Ia akan dibuat pada hari Rabu depan, 24 Julai 2019. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Vivo S1 yang akan tiba di Malaysia berbeza dengan Vivo S1 yang terdapat di China.

Majlis pelancaran Vivo S1 kelak akan diserikan lagi dengan pengenalan duta baru Vivo S1. Ia masih rahsia dan Vivo meminta peminat untuk meneka siapakah duta baru tersebut. Mereka yang menjawab dengan tepat, berpeluang untuk memenangi tiket ke majlis pelancaran Vivo S1. Kepada yang berminat, boleh ke Facebook Vivo Malaysia untuk menyertai. Tarikh tutup penyertaan ialah 20 Julai 2019.



Spesifikasi lengkap Vivo S1 ini boleh dirujuk di laman Vivo Indonesia kerana ia baru sahaja dilancarkan di sana awal minggu ini. Perbezaan paling ketara ialah pada kamera hadapan. Vivo S1 di China datang dengan modul kamera pop-up manakala di Indonesia, ia terletak di dalam takuk skrin.

Selain itu, perkara yang membezakannya ialah pengimbas capjari. Versi China menggunakan pengimbas capjari fizikal di belakang manakala versi Indonesia ialah pengimbas capjari di dalam skrin.



Vivo S1 yang akan datang di Malaysia, pastinya memiliki ciri-ciri yang sama dengan versi Indonesia. Ia dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio P65 bersama RAM 4GB dan storan dalamna 128GB. Skrinnya berukuran 6.38-inci dari jenis Super AMOLED, dengan resolusi HD Penuh+ dan bertakuk kecil.

Telefon ini memiliki tiga kamera belakang iaitu kamera utama 16MP F1.78, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalmaan 2MP F2.4. Kamera hadapan pula yang terletak di dalam takuk, ialah kamera 32MP F2.0.

Bateri yang terdapat di dalam Vivo S1 sangat besar, berkapasiti 4,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas Vivo Dual Engine dengan kuasa 18W. Bagaimanapun ia menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas.

Vivo S1 ditawarkan dalam dua warna yang sangat menawan, Skyline Blue dan Cosmic Green. Ia menjalankan sistem operasi FunTouch OS 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Di Indonesia, Vivo S1 dijual pada harga IDR3.6 juta (~RM1,063). Adakah ia akan dijual di bawah RM1,000 di Malaysia kelak? Nantikan laporan kami di majlis pelancarannya pada 24 Julai.

Sumber: Kompas

Tags: vivoVivo S1
Najib

Najib

POPULAR

Vivo S1 dengan swafoto AI 32MP akan datang ke Malaysia minggu depan

Vivo S1 dengan swafoto AI 32MP akan datang ke Malaysia minggu depan

19 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN