fbpx

Vivo S akan hadir ke Malaysia dengan spec berbeza dari China

Vivo Malaysia kini telah berkongsi satu petunjuk tentang kedatangan model baru telefon pintar mereka ke Malaysia. Mereka menyatakan, peranti baru ini akan datang dengan pengimbas capjari di dalam skrin, sesuatu yang sudah tidak asing lagi untuk tahun ini.

Tambah Vivo Malaysia lagi, peranti ini mungkin adalah Vivo S1 atau Vivo S1 Pro yang baru dilancarkan di China, peranti yang amat serupa dengan Vivo V15 dan V15 Pro. Kedua-dua model S1 dan V15 menampailkan kamera depan pop-up, tiga kamera belakang dan skrin FullView tanpa takuk dan lubang.

Di samping itu, model baru yang akan tiba nanti menampilkan perkakas yang berbeza dari model yang dilancarkan di China. Adakah berbeza pemproses, RAM, storan atau jenis kamera?

Di China, Vivo S1 Pro menampilkan skrin AMOLED 6.39-inci FHD+, dengan pengimbas capjari di dalam skrin. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 675 bersama RAM sehingga 8GB dan storan mencecah 256GB.

Vivo S1 Pro

Telefon ini dilengkapi kamera hadapan 32MP dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan. Di belakang pula, ia memiliki tiga kamera iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 5MP.

Bateri S1 Pro sebesar 3,700mAh dan ia dicas melalui port mikroUSB.

Bagi model Vivo S1 pula, skrinnya lebih besar, 6.53-inci FHD+ dari jenis IPS dan memiliki kuasa pemproses Mediatek Helio P70. Kamera hadapannya masih dari jenis pop-up tetapi hanya 25MP. Kamera belakang juga sama, dengan kamera utama 12MP.

Untuk perbandingan, harga Vivo V15 Pro di Malaysia ialah RM1,699 (RAM 6GB + Storan 128GB) dan RM1,899 (RAM 8GB + Storan 128GB). Bagi V15 pula, harganya ialah RM1,299 bersama RAM 6GB dan storan 128GB.

BACA  Dua telefon baru Vivo ditemui telah menerima pengikitrafan SIRIM

Adakah siri S nanti lebih berkuasa dari siri V? Mungkin naik taraf pemproses atau sekurangnya, menggunakan pengecas USB-C. Kits tunggu pengumuman seterusnya dari Vivo Malaysia tidak lama lagi.