• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar rasmi Honor 9x dan 9X Pro terpampang di TENAA

  • OLEH Najib
  • 3:35 pm
  • 22/07/2019
  • Komen
Gambar rasmi Honor 9x dan 9X Pro terpampang di TENAA
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran Honor 9X akan diadakan di China pada hari esok, tetapi kita telah dapat melihat rupanya dengan lebih tepat menerusi TENAA. Ia akan dikuasakan pemproses terbaru iaitu Kirin 810, dikatakan lebih baik dari Snadpragon 730.

Terdapat dua model yang akan diperkenalkan, Honor 9X dan Honor 9X Pro di mana ia tampil dengan kamera belakang berbeza.



Honor 9X dimuat naik di TENAA menggunakan model nombor HLK-AL00. Ia memiliki skrin LCD 6.59-inci FHD+, Android 9.0 Pie dan bateri 3,900mAh. Ia juga menerima kad mikroSD sehingga 512GB.

Kamera belakangnya ada dua, iaitu kamera utama 48MP dan kamera kedua 2MP. Kamera hadapannya pula 16MP, dijangka menggunakan modul pop-up yang boleh disembunyi.



Honor 9X Pro pula membawa model nombor HLK-AL10. Sepsifikasinya hampir semua sama dengan Honor 9X tadi seperti skrin LCD 6.59-inci FHD+, Android 9.0 Pie dan bateri 3,900mAh.

Perbezaannya adalah pada kamera belakang. Ia ada tiga kamera belakang gandingan kamera 48MP, kamera 5MP dan kamera 2MP. Kamera hadapan juga sama, 16MP menggunakan modul pop-up. Selain itu, kita juga dapat melihat badan belakang Honor 9X Pro dengan kemasan berbentuk X, sama seperti gambar poster yang dikongsi Honor sebelum ini.

Satu lagi perkara yang dapat disahkan menerusi gambar di TENAA ini ialah pengimbas capjari. Seperti Honor 20, Honor 9X dan 9X Pro menggunakan pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Honor 9X akan dilancarkan di Xian, China esok. Kedatangan Honor 8X tahun lepas mendapat sambutan hangat kerana ia membawa peranti dengan storan 128GB pertama di bawah RM1,000. Malaysia merupakan pasaran utama buat Honor, jadi dijangka ia akan tiba dengan cepat di Malaysia.

Sumber: GSMArena, TENAA 1, TENAA 2

Tags: honorHonor 9X
Najib

Najib

POPULAR

Gambar rasmi Honor 9x dan 9X Pro terpampang di TENAA

Gambar rasmi Honor 9x dan 9X Pro terpampang di TENAA

22 July 2019
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN