• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#GrabDurian kembali dengan parti Durian Musang King RM20/kg

  • OLEH Najib
  • 8:02 pm
  • 23/07/2019
  • Komen
#GrabDurian kembali dengan parti Durian Musang King RM20/kg
Share on FacebookShare on Twitter

Anda hantu durian dan sedang mencari tawaran durian yang lazat tetapi tidak terlalu membebankan dompet? Grab kini kembali menawarkan promosi #GrabDurian di mana anda boleh mendapatkan durian samada makan terus di kedai, atau dihantar terus ke rumah dengan lebih murah .

Terdapat dua jenis promosi #GrabDurian untuk tahun ini. Promosi pertama berjalan dari 26 hingga 28 Julai 2019, menawarkan Durian Musang King kegemaran ramai dengan harga yang sangat istimewa. Promosi kedua pula ialah diskaun untuk pembelian pelbagai makanan berkaitan durian selama sebulan.



Parti Musang King 3 hari

Ada dua caranya. Jika anda lebih gemar makan durian yang dibuka terus di depan mata, dapatkan Durian Musang King di Durian SS2 dengan harga hanya RM20/kg jika membayar dengan GrabPay. Tawaran ini dibuka pada 26-28 Julai, dari pukul 3 petang hingga 10 malam sahaja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk ke SS2 atau lebih suka menunggu di rumah sahaja, anda boleh menempahnya melalui GrabFood. Durian Musang King ditawarkan pada harga hanya RM20 untuk 300 gram. Ia ditimbang tanpa kulit, hanya isinya. Harga promosi ini boleh didapati dengan menggunakan kod GRABDURIAN.



Terdapat tiga penjual Grab terlibat dalam promosi GrabFood ini iaitu Durian SS2, Sg Ruan Durian, Citta Mall dan Tony Durian USJ 4. Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan di Lembah Klang, dan terhad kepada satu tempahan untuk setiap pelanggan dalam kempen ini.

Penghantaran Durian ini akan dipek dalam bungkusan aluminium dan divakum udaranya. Jadi tidak perlu risau baunya akan tersebar sepanjang perjalanan sehingga ke depan pintu rumah anda, atau pejabat.

Parti Durian Sebulan

Grab melebarkan lagi tawaran durian selama sebulan, dengan diskaun menerusi pembayaran Grabpay atau tempahan GrabFood. Dari 29 Julai hingga 31 Ogos 2019, dapatkan diskaun RM5 apabila membuat bayaran dengan GrabPay, atau tempahan di GrabFood menggunakan kod MOREDURIAN, dengan pembelian minima RM35 di rakan Grab Durian yang terlibat di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Selain makan durian begitu sahaja, tawaran ini terbuka kepada pelbagai jenis makanan berkaitan durian seperti milkshake, aiskrim, roti canai, crepe dan banyak lagi.

Rakan niaga Grab yang terlibat dalam promosi Durian selama sebulan ini ialah:

Lembah Klang

  • Durian SS2
  • Sk6363 Durian Stall
  • Tony Durian USJ4
  • SG Ruan Durian
  • Full Want – The Gardens Mall
  • Jo’s Bakery
  • The Skinny Bakers – Subang Parade
  • The Skinny Bakers – Sunway Putra
  • The Skinny Bakers – The Curve
  • Cha Cha Kitchen
  • Calli Ice Cream
  • Wahab Chendol
  • Sweet Hut C180
  • Sweet Hut Setapak
  • Sweet Hut Botanic
  • Sweet Hut Pandan Indah
  • Restoran D’ Chow Kit
  • Kari Gegar
  • Apam Balik Nusantara
  • Markonah Food & Co – Shah Alam
  • Markonah Food & Co – Subang Jaya
  • Zen Taro Cafe
  • Oh Juice
  • Penang TeoChew Chendul
  • Taste Better – Atria
  • Taste Better – IOI Puchong
  • Taste Better – AEON Shah Alam
  • Junandus
  • Buharry Bistro

Pulau Pinang

  • Liulian Ice Cream
  • Cheng Hin88
  • Success Papa Durian Wholesaler
  • Sukhothai Beef Noodle House
  • Penang TeoChew Chendul

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari laman web Grab Durian 2019.

Tags: GrabGrabDurian
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
#GrabDurian kembali dengan parti Durian Musang King RM20/kg

#GrabDurian kembali dengan parti Durian Musang King RM20/kg

23 Julai 2019
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER