Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Buat Apa Beli Kamera Puluhan Ribu Kalau Anda Ada RX100 VII?

Sekiranya anda beranggapan a7R IV yang ada sensor 61MP overkill untuk kegunaan anda, model RX100 yang terbaru ini mungkin lebih cocok. RX100 VII adalah iterasi kamera kompak terbaru Sony dengan ciri fotografi kelas professional.

Daripada sudut fizikaliti, Sony masih mengekalkan rupa yang lama. Siri RX100 menerima pujian ramai atas saiznya yang kerdil walaupun diperkasa sensor 1.0″, RX100 VII kali ini menggayakan sensor Exmor RS yang baru pada resolusi 20.1MP. Ia diperkasa pemproses imej Bionz X.

Gandingan itu mengangkat beberapa ciri RX100 jadi sebaris dengan flagship A9 mereka yang berharga lebih RM10 ribu. Misalnya, di atas permukaan sensor itu ada 357 titik pengesanan fasa dan 425 titik pengesanan kontras untuk memberikannya keupayaan membidik fokus terpantas di dunia pada 0.02s.

Untuk komponen optikal, ia ada jarak fokal setara format 35mm dalam julat 24-200mm F2.4-4.5, sama seperti generasi sebelumnya. Ia adalah jangkauan yang amat baik untuk sebuah kamera poket.

Satu penambahbaikan yang pastinya diterima baik golongan vlogger adalah pengenalan jek mikrofon. Tapi ketiadaan hotshoe untuk pacak anda punya mikrofon jenis shotgun pada kamera menyebabkan ia perlu digunakan bersama L-bracket khas.

Seperti biasa, RX100 ini boleh merakam video pada resolusi sehingga 4K dengan sokongan HDR. Sistem menjejak fokus pada mata dan penstabil imej turut ditambah baik.

Di A.S, Sony RX100 VII akan mula dijual sekitar Ogos 2019 pada harga USD1,200 (RM4,944). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Qualcomm perkenal Adaptive ANC yang saring hingar mengikut keadaan telinga pemakai