fbpx

Telefon Oppo ini catat kelajuan muat turun melebihi 1.2Gbps di rangkaian Celcom

Dalam Ujian Kluster 5G Celcom pagi ini, salah satu telefon pintar yang digunakan untuk menguji rangkaian 5G tersebut ialah Oppo Reno. Ia merupakan Oppo Reno 10x Zoom yang menyokong rangkaian 5G di mana ia belum dijual di Malaysia.

Dalam majlis tersebut, telefon pintar Oppo Reno 5G ini mencatat kelajuan muat turun melebihi 1.2Gbps dan kelajuan muat naik melebihi 50Mbps, dalam ujian Speedtest Ookla.

Ketua Pegawai Eksekutif Oppo Malaysia, William Fang menjelaskan, “Kedatangan teknologi 5G di Malaysia membuka peluang inovasi lebih besar untuk teknologi di telefon pintar, seperti penggunaan VR dan AR dalam kehidupan seharian. Kami gembira bekerjasama dengan Celcom dan berharap Celcom berjaya memperkenal teknologi terkini dalam telekomunikasi kepada pengguna internet di Malaysia.”

“Oppo juga bekerjasama dengan rapat bersama rakan seperti Qualcomm dan Ericsson untuk memastikan telefon 5G Oppo sentiasa memberi prestasi terbaik. Oppo berazam untuk menjadi syarikat peneraju telefon pintar dalam era 5G kini dan akan terus meneroka aplikasi 5G dalam pelbagai keadaan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik kepada pengguna,” tambah William.

BACA  Oppo Perkenal Siri Baru K5 Yang Dilengkapi Pengecas 30W