• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei umum penurunan harga 6 model telefon pintar, termasuk Mate 20 & P30 Pro

  • OLEH Najib
  • 8:57 am
  • 27/07/2019
  • Komen
Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga kekal, untuk 6 model telefon pintar mereka di Malaysia. Ia dibuat serentak dengan permulaan kempen Huawei Carnival 2019.

Enam model telefon pintar tersebut ialah:



  • Mate 20 Pro – RM2,999 RM2,599
  • Mate 20 – RM2,399 RM2,099
  • Mate 20 X – RM2,899 RM2,599
  • P30 Pro 512GB – RM4,399 RM3,899
  • Nova 4e – RM1,199 RM999
  • Y7 Pro 2019 – RM649 RM599

Sebelum ini, Huawei baru sahaja menurunkan harga 3 model telefon pintar iaitu:

  • P30 Pro 256GB – RM3,799 RM3,399
  • P30 – RM2,699 RM2,299
  • Nova 3i – RM899 RM799

Kempen Huawei Carnival yang berjalan selama seminggu, dari 27 Julai hingga 4 Ogos 2019 menyediakan hadiah berjumlah RM1,000,000 untuk pembeli peranti Huawei. Hadiah cabutan bertuah dalam kempen kali ini berupa:



  • 1x Mercedes-Benz GLA 200
  • 100x Basikal Elektrik Orbit
  • 400x Skuter Elektrik

Pembeli boleh menyertai cabutan bertuah ini menerusi laman web Huawei VIP. Nama pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos 2019.

Selain itu, Huawei juga mengadakan aktiviti ‘Spin & Win’ di stor Huawei terpilih di mana pembeli boleh memenangi hadiah seperti tripod, kabel USB-C ke HDMI, kad Starbucks, pembesar suara kayu, penimbang berat Huawei dan pas masuk Aquaria KLCC.

Huawei juga kini menawarkan jaminan tambahan tahun ke-2 untuk pembelian dari 1 Julai hingga 30 September untuk model berikut:

  • Siri Mate 20
  • Siri P30
  • Siri Nova 4
  • Siri MediaPad M5
  • Nova 3i

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman web Huawei Carnival 2019.

Tags: HuaweiHuawei Carnival
Najib

Najib

POPULAR

Rupa hadapan Huawei Mate 30 Pro tersebar, tidak berbeza dengan Mate 20 Pro

Huawei umum penurunan harga 6 model telefon pintar, termasuk Mate 20 & P30 Pro

27 July 2019
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN