Dijadualkan dilancarkan di New York pada 7 Ogos 2019 ini, sudah tentu Galaxy Note 10+ sudahpun melalui fasa pensijilan untuk dijual dalam pasaran-pasaran utamanya. Agensi piawaian Malaysia, SIRIM sudahpun ada entri Galaxy Note 10 yang menandakan waktu penjualan yang semakin hampir.
Daripada entri itu, anda beroleh maklumat tentang serba sedikit spesifikasi Galaxy Note 10. Antaranya adalah seperti:
sokongan WiFi 802.11ax
S-pen yang diperkasa Bluetooth
Wireless Power Transfer
Daripada himpunan khabar angin, beberapa perkara penting tentang Galaxy Note 10 adalah ia merupakan Note terbesar setakat ini dengan paparan 6.8″ dan storan dalaman sekurang-kurangnya 256GB.
Anda boleh mengikuti livestream pelancaran Galaxy Note 10 pada 8 Ogos 2019 pada jam 4 pagi waktu Malaysia.
Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.