fbpx

Apple dan Google tangguh program merakam suara pengguna di peranti

Pernahkah anda terdengar kawan anda mengatakan, telefon pintar anda mendengar semua benda yang tuturkan walaupun skrinnya terpadam? Sejurus selepas itu, Facebook atau pelayar web anda akan dipenuhi iklan yang berkaitan dengan produk yang anda bicarakan tadi. Pernah tak ia terjadi pada diri anda?

Sedikit sebanyak, ada kebenaran dalam perkara tersebut kerana Apple dan Google kini telah mengeluarkan kenyataan akan menangguhkan program pemantauan suara oleh manusia.

Memang benar, telefon pintar iPhone dan Android anda sebenarnya mendengar percakapan anda sepanjang masa. Untuk pengguna iPhone, telefon anda bersedia untuk berinteraksi apabila anda memangil, “Hey Siri”. Bagi telefon Android pula, ia menantikan bunyi “Hey Google”.

Dari pihak Apple, sebelum ini mereka menyatakan kesemua urusan ini berlaku di telefon tersebut sahaja. Maklumat suara anda tidak dibawa keluar untuk diproses bagi kegunaan lain. Tetapi laporan oleh The Guardian minggu lepas yang mendedahkan maklumat dari kontraktor Apple, menyatakan Apple sebenarnya mengupah manusia untuk mendengar rakaman dari Siri di telefon pintar pengguna, bagi mempertingkatkan keupayaan Siri dengan lebih baik.

Kontraktor yang bertugas ini akan meneliti suara-suara manusia untuk memastikan sama ada pengguna sebenarnya memanggil Siri atau tersilap. Pelbagai jenis perbualan pengguna telah didengari oleh kontraktor yang merahsiakan identitinya, antaranya urusan jual beli dadah, maklumat perubatan malah ketika pasangan sedang membuat hubungan kelamin.

Antara kesilapan yang sering dilakukan Siri ialah apabila mendangar bunyi Zip. iPhone sering menyangka bunyi zip ialah memanggil Siri dan mengaktifkan Siri. Selain itu, di Apple Watch, ia lebih mudah diaktifkan kerana apabila pengguna mengangkat tangan dan terdapat sebarang perbualan, maka Siri akan terus aktif.

Selepas laporan ini dikeluarkan, Apple kini mengambil langkah memberhentikan program rakaman suara Siri di seluruh dunia. Apple akan menilai kembali proses yang digunakannya untuk memperbaiki kebolehan Siri mendegar ia dipanggil.

BACA  Pengimbas capjari dalam skrin mungkin akan ditambah ke dalam Apple Watch

Apple juga akan mengeluarkan kemaskini perisian di mana pengguna akan diberi pilihan untuk menyertai program penambahbaikan panggilan Siri ini atau tidak.

Google pula dikatakan telah secara sukarela menghentikan program mendengar dan menyalin rakaman Google Assistant di Eropah selama 3 bulan. Perkara ini dilaporkan oleh pihak berkuasa Jerman.

Selain Apple Siri dan Google Assistant, Amazon juga dilaporkan menggunakan cara yang sama untuk pembantu maya mereka, Alexa. Tetapi mereka masih belum menyatakan akan menghentikannya.

Adakah anda masih percaya dengan peranti pintar anda?

Sumber: TheNextWeb