fbpx

Carousell rai wirawati negara sambil menderma di #MYLocalWira

Tahukah anda tentang Carousell? Ia merupakan sebuah pasar dalam talian untuk anda menjual dan membeli barangan baru atau terpakai dengan mudah. Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Carousell melancarkan kempen #MYLocalWira, menampilkan beberapa negarawan hebat dari Malaysia.

Individu yang terlibat dalam kempen #MYLocalWira ini akan menyumbangkan beberapa barangan peribadi terpakai mereka untuk dijual di Carousell. Hasil jualan tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke Parents without Partners, sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan. Ia akan menyokong perbelanjaan mereka seperti membayar sewa, membeli barangan runcit dan bekalan sekolah.

Kempen #MYLocalWira di Carousell dimulakan dengan ratu drif Malaysia, Leona Chin. Beliau menyenaraikan barangan peribadinya seperti sarung tangan, t-shirt, topi dan lanyard, di mana kebanyakannya digunakan semasa menyertai pertandingan. Senarai penuh barangan yang dijual beliau boleh didapati di laman Carousell Leona Chin.

Selain Leona China, individu lain yang akan menyertai kempen #MYLocalWira nanti adalah seperti lagenda skuasy negara Datuk Nicol David, pejuang seni mempertahankan diri campuran (ONE MMA) wanita yang pertama di Malaysia dan duta Global Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia, penerjun kelas dunia Leong Mun Yee serta gimnas nasional Farah Ann.

Untuk informasi lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Facebook Carousell, di Instagram @carousell.my atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.

BACA  Unifi Pay Nothing: Semua pelanggan boleh mendapatkan pengecualian bil percuma hingga akhir tahun dengan syarat